KOTA BAHARU : Pintu perbincangan antara PAS dan Parti Amanah Negara
(Amanah) sudah ditutup untuk rundingan mengelakkan berlakunya
pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib
Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana Amanah
pernah membuat perjanjian dengan parti itu untuk tidak bertanding di
Kelantan.
"Tapi dia (Amanah) kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan... orang ingat janji dia tu.
"Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada
orang boleh ganggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas
menghadiri satu mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Selasa.
Mohd Amar mengulas kenyataan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul
Rahim Wan Abdullah semalam bahawa Amanah masih membuka pintu rundingan
dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada
pilihan raya umum nanti.
Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak
akan menghantar wakilnya untuk menghadiri sebarang perbincangan dengan
Amanah kerana dari awal lagi PAS "tak ada apa-apa hubungan" dengan parti
itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment