Wednesday, January 06, 2016

PTPTN Ucap Terima Kasih Kepada Peminjam Penjawat Awam

Selepas kerajaan melaksanakan potongan gaji mandatori terhadap penjawat awam yang mempunyai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), agensi pinjaman pendidikan itu berjaya mendapat bayaran balik pinjaman sebanyak 20% berbanding sebelum pelaksanaan itu dikuatkuasakan.

Justeru itu, PTPTN turut mengucapkan 'terima kasih' kepada peminjam penjawat awam kerana 'mampu' membayar balik pinjaman pendidikan mereka walaupun secara terpaksa demi kegunaan generasi yang seterusnya.

Apa yang menghairankan disini, sebelum pelaksanaan tersebut dikuatkuasakan, mengapa penjawat awam tidak mampu dan liat untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini?? Bukankah sebarang pinjaman atau hutang itu perlu dilangsaikan tanpa sebarang alasan???

Malah, yang lebih menghairankan ada penjawat awam yang sering diperkatakan mempunyai kehidupan kukuh kerana mendapat banyak faedah serta gaji yang tinggi tapi tidak mampu membayar hutang.

Mungkin mereka ini liat membayar hutang pendidikan, kerana ghairah merasai kedudukan selesa yang dikecapi dengan membeli kereta-kereta mewah dan rumah yang melebihi kemampuan gaji mereka.

Bukan itu sahaja, bagi penjawat awam lelaki, mereka ini sering dilihat menukar 'sport rim' kereta seperti menukar baju manakala penjawat awam perempuan, mereka sering dilihat membeli tudung-tudung mahal dan membeli gelang emas untuk ditayangkan dihadapan kawan-kawan mereka.

Hairan bukan?? Itulah lumrah kehidupan penjawat awam yang kononnya tertekan dengan pinjaman yang diberikan semasa mereka melanjutkan pelajaran, tetapi dalam masa sama masih mampu membeli 'kemahuan' diri.

Turut menjadi persoalan disini, adakah kerajaan juga akan melaksanakan potongan gaji ini terhadap pekerja sektor swasta??? Bukan apa, potongan ini dilihat seperti berat sebelah pula, sedangkan ramai juga peminjam yang bekerja di sektor swasta.

Jika pelaksanaan ini turut dikuatkuasakan kepada sektor swasta, adakah peminjam yang bekerja di sektor swasta sudah bersedia untuk merasai pelaksanaan ini, seperti mana yang berlaku oleh peminjam penjawat awam?? Hahaha....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment