Wednesday, January 06, 2016
Sepatutnya.. Ibu Bapa DIHARAMKAN Tunggu Anak Di Sekolah
Tentu kita semua pernah tengok cerita Anakku Sazali lakonan Allahyarham Tan
Sri P Ramlee kann? Dalam filem tu, Sazali rosak akhlaknya kerana
terlampau dimanjakan dan juga di beri muka oleh ayahnya. Dan Sazali
menjadi manusia munafik dan tak berguna sebab ayahnya Hassan langsung
tak berusaha untuk mendisiplinkannya.
Hasil dari filem tersebut,
ramai ibubapa ketika itu yang buka mata dan berhati-hati didalam
mendidik anak. Itulah hebatnya Seniman Agung Negara.., berpuluh tahun
dulu lagi Allahyarham dah ceritakan bagaimana rosaknya anak-anak kita
kalau terlampau dimanjakan.
Anak-anak rosak akhlaknya bukan
sekadar kerana terlebih dimanjakan.., tapi anak-anak juga akan hancur
budi pekertinya jika ibubapa terlampau bodoh sombong mendidik anak
didalam kehidupan seharian.
Zaman sekarang, ramai ibubapa yang
sangat GAGAL dalam menguasai "parenting skill" ataupun kemahiran
kekeluargaan. Semuanya berpunca dari sikap terlampau manjakan anak dan
bodoh sombong pula apabila ada pihak lain yang mahu membantu untuk
menjadikan anak-anak mereka sebagai manusia berguna.
Trend zaman
kini.., tengok kawan-kawan sebaya semua sudah berkahwin, mereka pun
tergedik-gedik nak kahwin jugak.. Tapi realitinya, kebanyakan pasangan
yang berkahwin dizaman sekarang ini langsung tak tahu bagaimana cara
untuk menjaga serta mendidik anak-anak supaya menjadi MANUSIA berguna.
Mungkin
golongan 'buta kayu' itu tak menyedari bahawa sebuah perkahwinan itu
sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Manakala soal
mendidik anak-anak agar mempunyai akhlak yang terpuji itu bukan sahaja
dituntut dalam masyarakat, malah ia juga dituntut didalam agama.
Lihat
sendiri gambar diatas.., apabila anak-anak disuruh duduk diatas lantai
ketika perhimpunan sekolah, ada pula ibubapa yang meroyan dan melalak
didalam media sosial. Duduk atas lantai saja pun.., bukannya duduk atas
tahi.., takkan itu pun nak bising? Tapi inilah mentaliti kebanyakan
ibubapa zaman sekarang..
Bayangkan pula jika anak-anak murid
tersebut disuruh berdiri sepanjang waktu perhimpunan.., tak mustahil
para guru akan dituduh pula sebagai zalim serta tak berperikemanusiaan.
Bagi ibubapa yang mampu berfikir, adalah lebih baik anak-anak tersebut
duduk daripada dipaksa berdiri.. Tapi itulah.., bukan semua ibubapa yang
waras di zaman ini..
Jadi.., tak hairanlah anak-anak zaman
sekarang ini makin liar dan tak tahu nak hormat pada orang lain..
Puncanya tak lain dan tak bukan adalah dari perangai 'tiga suku' ibu
bapa yang ada penyakit meroyan tak tentu hala.. Bak kata orang-orang
tua.., mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. Maka itulah yang terjadi
pada anak-anak muda kini..
Dulu.., menjadi kebiasaan anak-anak
murid didenda dan dirotan selepas didapati menyalahi peraturan sekolah
ataupun melanggar disiplin.. Hasil disiplin tersebutlah mereka-mereka
itu mampu berdikari dan menjadi manusia 'tulen' sekarang.. Tapi zaman
ini mana boleh dahh..., mampus cikgu kena serang dengan ibu bapa kalau
anak-anak mereka dipukul dan juga didenda..
Makin melampau
lagi.., sekarang ni ada pulak yang anggap anak-anak murid tak boleh
duduk atas lantai dengan alasan kotor dan najis.. Satu hari nanti..,
jangan terkejut para cikgu pula yang kena tunduk hormat pada anak murid
demi menjaga hati ibubapa yang terlampau sengal dan poyo seperti
diatas..
Mungkin sudah sampai masanya untuk pihak Kementerian
Pendidikan buat arahan supaya ibubapa dilarang tunggu anak-anak semasa
awal musim persekolahan.. Dah tunggu pun melalak komplen sana sini..,
elok halau saja balik.. Biar cikgu-cikgu saja uruskan hal
persekolahan.., lagi senang!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment