Monday, January 25, 2016
Tun M Keluar UMNO Kalau Mukhriz Di Pecat
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan keluar
daripada Umno sekiranya pucuk pimpinan parti itu memutuskan untuk
menyingkirkan anaknya daripada jawatan Menteri Besar Kedah.
Desas-desas tersebut tersebar sejurus selepas Tun Mahathir mengadakan
perjumpaan tertutup bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Langkawi
lewat petang tadi.
Tun Mahathir dikatakan kecewa dengan tindakan beberapa pimpinan UMNO
Kedah diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah yang
mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang
media di Alor Setar, Kedah, Rabu lalu.
Mereka antara lainnya mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak melucutkan jawatan Mukhriz sebagai Pengerusi Badan
Perhubungan Negeri dan Menteri Besar Kedah.
Menurut desas-desus yang tersebar itu, Tun Mahathir dikatakan marah dan
mengugut akan mengumumkan keputusan untuk keluar parti sekiranya Umno
bertegas untuk melantik Menteri Besar yang baharu.
Dr Mahathir pernah mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana tidak
yakin dengan kepimpinan penggantinya pada masa itu, Tun Abdullah
Abdullah Ahmad Badawi dan masuk semula UMNO setahun selepas itu.
Sementara itu beberapa portal turut melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri
Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun), Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk
menggantikan Mukhriz.
Menurut sumber portal tersebut, kesemua mereka telah menyatakan taat setia kepada Najib selaku Presiden UMNO.
Mereka juga dikatakan bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah
sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan mereka terhadap keputusan
tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment