Tindakan parti pembangkang memperkenalkan perkhidmatan bas percuma di
negeri dibawah pemerintahan mereka bagaikan 'ayam bertelur riuh
sekampung'. Mana tidaknya, bas percuma yang hanya beroperasi sehari
sekali ataupun dua kali sehari itu diwar-warkan seolah-olah percuma pada
setiap masa.
Selain itu, sikap pembangkang mengembar-gemburkan berita perkhidmatan
bas percuma itu seperti mahu memberitahu yang kononnya, mereka begitu
dekat dengan hati rakyat berbanding kerajaan yang tidak pernah langsung
membantu rakyat!!
Tapi, apa yang menimbulkan persoalan disini, masih berbaloikah
perkhidmatan bas percuma ini diperkenalkan oleh pembangkang pada masa
kini?? Bukan apa, rakyat di negara ini sudah mewah kerana masing-masing
mampu mempunyai kenderaan sendiri dan tidak memerlukan perkhidmatan
awam.
Keduanya, perkhidmatan bas antara bandar pada masa kini sering digunakan
oleh warga asing berbanding rakyat tempatan. Tak percaya?? Tengok
sajalah di semua negeri, hampir kesemua bas awam dipenuhi dengan
penumpang-penumpang warga asing.
Oleh itu, kita merasakan perkhidmatan bas percuma yang diperkenalkan
pembangkang, kononnya mahu membantu rakyat yang terseksa dibawah
pentadbiran kerajaan dilihat lebih memberi manfaat kepada warga asing.
Dengan ini, adakah pembangkang cuba membantu warga asing berbanding
membantu rakyat tempatan, yang kononnya terseksa dan tersepit dibawah
pemerintahan kerajaan??
Selain itu, kita juga merasakan projek perkhidmatan bas percuma ini juga
memberi manfaat kepada pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan
berlakunya kemasukan 'bonus' di dalam poket mereka.
Bagaimana mereka dapat 'bonus' dengan projek ini??? Senang saja...
Pembangkang perlu berlakon seolah-olah mereka dekat di hati rakyat
dengan memperkenalkan perkhidmatan bas percuma ini.
Mereka akan 'claim' kepada kerajaan negeri kononnya sejumlah rakyat ini
telah menggunakan perkhidmatan bas percuma ini, namun wang yang
diperolehi itu dipercayai bukan terus dibayar kepada pemilik syarikat
bas terbabit sebaliknya dimasuk ke dalam poket pemimpin pembangkang.
Jadi, adakah perkhidmatan bas percuma yang dilihat memberi bantuan
kepada rakyat ini diperlukan oleh rakyat yang berada di bawah
pemerintahan parti pembangkang?? Tepuk dada tanyalah selera...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment