BANGI : Kedaulatan Islam di Malaysia terus menjadi bahan pertikaian oleh pemimpin rasis dan cauvinis DAP dan PKR. “Semalam, Ahli Parlimen DAP, Chong Chieng Jen mempersoalkan agenda
Islamisasi yang dilaksanakan kerajaan sejak merdeka hingga kini.
“Hari ini seorang lagi Ahli Parlimen PKR, Ignatius Dorell Leiking bangun
seolah-olah mempertikaikan kedudukan Islam dan mendakwa kononnya semua
pihak perlu hormat hak agama-agama lain,” tulis Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Dr Asyraf
Wajdi Dusuki di Facebooknya hari ini.
Asyraf kemudian mempersoalkan bila masa di Malaysia hak agama-agama lain
tidak dihormati tatkala agenda mendaulatkan Islam terus diperkasa
sebagaimana asas yang terbina dalam Perlembagaan.
“Malah, Malaysialah yang paling menghormati agama-agama lain seperti
perayaan agama-agama lain yang menjadi hari cuti kebangsaan di kala
negara lain hanya iktiraf cuti satu-satu agama sahaja.
“Bahkan di Malaysia kita memiliki pusat-pusat ibadah agama-agama lain
yang tersergam besar seperti Patung Hindu terbesar Asia di Batu Caves,
patung-patung Budha terbesar Asia bahkan dunia di Kelantan dan gereja
terbesar di Asia Tenggara di Bukit Jalil,” tulisnya lagi.
Terdahulu beliau menyatakan sedang mengikuti perbahasan Titah Ucapan
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong oleh Ahli Parlimen Marang Datuk
Seri Abdul Hadi Awang merangkap Presiden PAS di Dewan Rakyat.
“Beliau bangun menegaskan kepentingan untuk semua kembali kepada
Perlembagaan negara yang meletakkan asas yang penting sejak merdeka
iaitu Perkara 3 Islam sebagai agama Persekutuan namun agama-agama lain
boleh diamalkan secara bebas.
“Apa yang penting kata beliau usaha untuk mendaulatkan Islam sebagaimana
Titah Tuanku Agong mesti terus diperkukuhkan,” kata beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment