Wednesday, March 09, 2016

Bila Plot Culik PM Ditertawa, Mereka Lupa Bekas PM Dulu Lebih Teruk Kena…

EDITOR MENULIS...
9 MAC 2016
Beberapa pemimpin pembangkang dan penyokong ‘3 M’ memandang remeh dan memperlekeh kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang wujudnya plot pengganas yang merancang untuk menculik Perdana Menteri Malaysia dan beberapa menteri lain.

Kenyataan itu mereka dianggap cuba memesong isu. Mereka juga mendakwa ia adalah satu perkara lucu dan membuat mereka ketawa, seolah-olah ia adalah sesuatu yang lawak jenaka dan penipuan dari pihak kerajaan.

Saya suka memaklumkan bahawa kenyataan Ahmad Zahid tentang perkara berkenaan adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Abdul Manan Ismail, yang meminta penjelasan tentang plot rancangan serangan pengganas IS terhadap kepimpinan negara di sidang Dewan Rakyat.

Jadi bila ada soalan dan meminta penjelasan yang membabitkan kementerian beliau, maka adalah tanggungjawab Ahmad Zahid untuk menjawab dan menjelaskan persoalan tersebut. 

Jawapan itu kemudian disiarkan oleh media. Tiada yang lawak bagi tindakan Ahmad Zahid itu.

Namun apa yang lebih penting dari kenyataan Ahmad Zahid itu bahawa pihak kerajaan tidak pernah memandang remeh tentang isu keselamatan dan kedaulatan negara yang cuba diserapi pengaruh militan DAESH. Tiada toleransi dari sudut keselamatan dan kedaulatan negara.

Saya melihat, hanya golongan muda yang ‘buta kayu’ tentang sejarah negara dan malas buat ‘homework’ saja yang akan mentertawakan rancangan pengganas untuk menculik Perdana Menteri itu. Meminjam kata bekas Perdana Menteri, mungkin mereka itu masih mentah dan berhingus hidungnya…

Untuk pengetahuan mereka, bekas Perdana Menteri yang mereka anggap ‘maksum’ itu pun pernah menghadapi ancaman bunuh dari pihak pelampau. Laporan mengenainya boleh dibaca menerusi laporan Bernama pada 11 September 1984.
CN Al-Afghani
Cikgu Non atau turut dikenali dengan nama CN Al-Afghani pula pernah meluahkan hasrat untuk bertemu Tun Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana dia terlibat merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Malah sebelum ini, Zulkifli Noordin pernah mendedahkan perancangannya dari kem Anwar Ibrahim untuk menyerang Stadium Nasional Bukit Jalil ketika berlangsungnya temasya Sukan Komanwel 1998 dengan menggunakan bom buatan sendiri, hanya kerana tidak berpuas hati terhadap bapa kepada Dato’ Seri Mukhriz itu.

Itu baru sedikit diceritakan ancaman yang pernah dihadapi oleh Dr Mahathir ketika menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Mungkin mereka yang mentertawa dan memperlekeh isu keselamatan negara itu belum lahir lagi ketika itu.

Dari sudut kedaulatan negara, siapa sangka pengganas Sulu akan bertindak menceroboh, cuba menawan Sabah dan membunuh anggota pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu?
ASP Zulkifli Mamat
Mungkin Allahyarham ASP Zulkifli Mamat bukan suami, bapa atau saudara mara bagi mereka yang mentertawakan soal keselamatan negara, tapi di mana sikap kemanusiaan mereka terhadap balu-balu dan anak-anak yatim yang menjadi mangsa tragedi berdarah itu?

Mungkin juga mereka-mereka inilah yang mengatakan insiden Lahad Datu itu adalah sebahagian dari ‘lakonan’ pihak kerajaan. Khabarnya ada juga di kalangan anggota PDRM di utara semenanjung yang mengatakan ia sekadar ‘lakonan’, padahal dia tidak jejak kaki pun ke Sabah untuk menghadapi ‘lakonan’ itu. Itulah yang berlaku bila suka sangat bercakap tanpa fakta.
ASP Zulkifli Mamat2
Soal keselamatan negara dan pemimpin yang sedang memimpin negara adalah satu perkara yang tidak wajar dipandang remeh. Mereka sering menjadi perhatian puak pelampau termasuklah pelampau politik, gangster, kongsi gelap dan sebagainya. Kerana itulah boleh dikatakan semua pemimpin negara di seluruh dunia di zaman ini dikawal ‘bodyguard’.

Itu belum lagi diceritakan tentang kes Dato’ Mokhtar Hashim dan Mohd Taha Talib, kes Dato’ Mazlan Idris yang dipotong 18, wakil-wakil rakyat di negara ini yang telah ditembak mati, balai polis dan kem tentera yang diceroboh dan dicuri senjata, Botak Chin, Kalimuthu dan banyak lagi.

Apabila seluruh dunia kini berdepan dengan ancaman DAESH, tiba-tiba ada yang tertawa bila Perdana Menteri diancam untuk diculik pengganas?

Mungkin yang diancam culik itu bukan bapa mereka, bukan Dr Mahathir, bukan Mukhriz dan bukan Muhyddin. Jika ‘dewa-dewa’ mereka yang diancam culik puak pelampau, mungkin ada yang tidak tidur lena takut ‘tak dapat cari makan’ lagi, kan?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment