Wednesday, March 09, 2016
Deklarasi Penipu Dah Menjadi Semakin Bercelaru !!!
EDITOR MENULIS...
9 MAC 2016
Kelmarin Presiden PKR dalam satu
kenyataan mengangap Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir Jumaat lepas,
adalah antara lain bertujuan membebaskan Anwar dari penjara. PKR turut
menganggap deklarasi itu satu pengakuan kezaliman (oleh Mahathirlah
agaknya) telah dilakukan ke atas Anwar.
Timbalan Presiden PKR, Naib Presiden PKR
dan Setiausaha Agungnya antara yang dah tandatangan Deklarasi itu.
Tapi hairan, dalam deklarasi 35 perkara itu, nama Anwar pun tak
disebut, usah kata nak bebaskan dia dari penjara lagi (atau wujud
kezaliman), tapi bagaimana PKR boleh faham deklarasi itu bertujuan
begitu?
Tutup mata masa sign ke atau sign saja tapi tak baca?
Mana-mana pun, ini sahaja menunjukkan
deklarasi yang asalnya penuh penipuan itu, sudah bertukar jadi deklarasi
yang celaru. Dahlah 13 nama dari 58 orang yang dikatakan tandatangan
deklarasi itu, tidak menandatanganinya pun (malah ada yang dakwa tidak
ada pengetahuan langsung), sekarang matlamat deklarasi itu pulak yang
ditunggang langgangkan oleh mereka yang dakwa bersetuju dengannya.
Saya secara peribadi boleh faham
kenapa PKR dakwa deklarasi itu bertujuan untuk membebaskan Anwar dari
penjara. Adalah sangat tidak kena kalau 18 tahun ‘berperang’ dengan
Mahathir kerana aniaya Anwar, tiba-tiba nak berbaik baik pula dengan
orang tua itu tanpa sebab.
Macam mana nak jawab dengan ahli-ahli
dibawah ni? Ada antara mereka masuk penjara pun kerana mempertahankan
‘peperangan’ itu. Yang kena belasah, makan gas pemedih mata dan
sebagainya jangan cakaplah. Takkan closurenya mudah macam itu saja –
forget and forgive?
Sementara kita tahu ramai penyokong mereka ini bodoh, tapi mereka bukan gila, gila-gila tu adalah – ada beza.
Jadi terpaksa guna pendekatan ini
(deklarasi untuk bebaskan Anwar dari penjara), sekalipun langsung takde
disebut dalam deklarasi itu.
Oleh yang demikian, fikir sendirilah apa
tujuan deklarasi ini bila lain yang disebut, lain yang difaham. Itu
baru satu pihak (PKR), belum DAP lagi, belum PAN lagi, Bersih dan
sebagainya. Masing-masing ada tujuan dan matlamat penubuhan
masing-masing. Lepas ni kalau DAP dakwa matlamat deklarasi ini untuk
memberi hak sama rata kepada semua rakyat Malaysia, saya pun tak
terperanjat.
Penyudahnya besok, Najib tetap Perdana Menteri, Anwar tetap dalam penjara, apa yang lain semua masuk longkang.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment