Wednesday, March 09, 2016

“Deklarasi Rakyat” Sia-Sia - Presiden PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan perdana menteri baru-baru ini sebagai sia-sia.

Menurutnya, untuk menjatuhkan seseorang perdana menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.

Sehubungan itu, jelasnya, untuk melakukan usul undi tidak percaya dilihat tidak akan berlaku memandangkan ia memerlukan majoriti daripada anggota Parlimen daripada Umno dan BN.

“Kita mahu perubahan secara demokrasi sama ada undi tak percaya atau pilihan raya. Undi tak percaya mestilah undi di parlimen dan di parlimen mesti dari orang-orang Umno sendiri.

“Kalau orang Umno tak ubah kita je nak ubah kerusi nak buat apa.

“Ya sia-sialah. Senang sebut sia-sia. Dan mesti ada kemunasabahan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment