KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryatie Hamzah
mengingatkan rakyat khususnya generasi muda hari ini agar tidak mudah
terperangkap dengan pelbagai fitnah yang akan terus dimainkan oleh parti
pembangkang dalam usaha melonjakkan sokongan terhadap mereka.
Menurut beliau modus operandi berkenaan akan terus diulang-ulang yang
akhirnya kadangkala masyarakat terjebak dan mempercayai apa yang
dilontarkan itu sedangkan realiti adalah sebaliknya dan kadang-kadang
langsung tidak selari dengan fakta yang sebetulnya.
“Tidak
perlu pergi terlalu jauh…kita tengok sebelum ini bagaimana institusi
Islam, Tabung Haji ditohmah dengan pelbagai tohmahan sehingga mengatakan
Tabung Haji mungkin tidak mampu membayar dividen. Namun yang berlaku
adalah sebaliknya dan timbul pula tohmahan lain selepas itu.
“Lihat pula bagaimana kononnya isteri Perdana Menteri dikaitkan
dengan harga cincin jutaan ringgit namun akhirnya itu dianggap sekadar
gurauan. Apakah ini yang kita mahu dan apakah ini bentuk maklumat yang
mudah kita terima?
“Sebab itulah dalam soal ini jangan sesekali mudah terjebak apatah
lagi menerimanya dengan bulat-bulat. Buatlah perbandingan dan sedikit
pertimbangan kerana seperti yang dikatakan tadi mereka ini akan terus
mengulang-ulang apa yang ditohmah itu dengan hasrat rakyat akan terus
mempercayaai berita terbabit,” katanya kepada media, di ini hari
ini.
Beliau seterusnya menegaskan itulah modus operandi pembangkang bukan
sahaja kali ini malah telah sekian lamanya dan perkara tersebut boleh
juga dilihat ketika sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-13 yang
lalu.
“Bukankah pada waktu itu juga timbulnya pengundi bangla…tidak telus
dan macam-macam lagi yang dilontarkan sehingga menimbulkan kegelisahan
kepada sebahagian rakyat negara ini,”ujarnya.
Katanya sudah tiba masanya anak-anak muda perlu menggunakan kemudahan
teknologi hari ini bukan sahaja untuk menerima bahan serta maklumat
malah untuk menapis segala yang dilontarkan oleh mana-mana pihak sekali
pun.
“Takkanlah dengan satu tohmahan atau dengan satu fitnah yang
dilontarkan oleh pihak pembangkang, kita cepat melatah dengan
menerimanya bulat-bulat malah lebih memburukkan keadaan turut sama
bersekongkol dengan menyebarkan berita yang tdaik sepatutnya.
“Itulah yang kita perlu elakkan dan itulah yang kita sama-sama
bertanggungjawab. Ini cukup penting dan jangan jadi macam seorang tokoh
pemimpin pembangkang yang akhirnya mengatakan apa yang diutarakan adalah
sekadar gurauan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment