Wednesday, March 23, 2016
Husam Patut Lawan Hadi – Tuan Ibrahim...Orang Macam Ini Tidak Layaklah
Mana-mana pemimpin PAS yang berhasrat menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi
Awang sebagai presiden diminta bertanding bagi merebut jawatan tersebut
pada muktamar parti itu akan datang.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata demikian ketika
diminta mengulas desakan ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang menuntut
supaya Abdul Hadi meletak jawatan.
“Saya tak suka sebut nama dalam kenyataan saya. Tapi dia (Husam) dulu
bertanding naib, bermakna kalau dia menang jawatan tersebut sekali pun
presiden parti tetap Abdul Hadi.
“Begitu juga dengan Mat Sabu bertanding jawatan timbalan presiden tetapi katakanlah dia menang, presiden PAS tetap Abdul Hadi.
“Kalau dia (Husam) tak setuju dengan presiden, beliau sepatutnya
bertanding jawatan presiden,’ kata pesuruhjaya PAS Pahang itu dalam
temubual eksklusif bersama media.
Husam sebelum ini mencadangkan Tuan Ibrahim yang juga bekas ADUN Jengka
mengambil alih kepimpinan sebagai presiden parti manakala Abdul Hadi
pula perlu berundur dan menjadi Mursyidul Am atau Timbalan Mursyidul Am.
Menurut Husam, perkara itu pernah berlaku sebelum ini apabila bekas
Presiden PAS, Yusof Rawa dilantik menjadi Mursyidul Am manakala jawatan
pemangku presiden diberikan kepada Datuk Fadzil Mohd. Noor pada 1989.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata tidak timbul soal mengapa mereka perlu menyerang kepimpinan presiden.
“Jadi tak timbul soal apabila kita kalah, kita kena serang presiden.
Kerana kalau mereka menang sekali pun mereka masih dan tetap berpayung
di bawah pentadbiran presiden,” tegas Tuan Ibrahim.
Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilapor
menyindir dengan mengatakan Husam adalah individu paling layak
menggantikan Abdul Hadi sebagai pesiden parti Islam itu.
Mohd turut mempersoalkan mengapa Husam tidak bertanding jawatan tersebut
dalam muktamar lalu memandangkan bekas Exco Kelantan itu antara calon
yang paling “layak” menduduki tampuk kepimpinan PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment