Thursday, March 10, 2016

Ibrahim Ali MAKI HAMUN Ahli PERKASA Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZsX8sq8yXM91-VFRAsG-5vvb_coAvTL6dbbARyiI54eUx3XM96RVteeRk69t8DEQwXtqfCDOQt1hBehTpGOAOiZ6xBeA2Z1e-NSK_39FUj9IUiBxJ0ubrnpYr6sOs9_VxZMT-K0VfWqea/s1600/14824e06465a0495d04015046d6ad2c9.jpg
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang dikhabarkan tidak berpuas hati apabila dilabelkan sebagai pengkhianat oleh ahli-ahlinya.., bertindak memaki hamun ahlinya di dalam group Whatsapp milik mereka.

Ibrahim Ali dikatakan panas hati apabila dihentam bertubi-tubi oleh ahli PERKASA Kedah, selepas dia mengambil keputusan untuk  bersekongkol dengan DAP ketika sidang akhbar ‘Deklarasi rakyat’ Jumaat lalu.

Semasa perbincangan NGO Melayu dalam group Whatsapp tersebut, Ibrahim Ali tiba-tiba berang apabila ahli-ahli PERKASA menyelar tindakannya. Dengan tidak semena-mena dia mengeluarkan perkataan kasar sebelum bertindak meninggalkan group Whatsapp tersebut.

Kepala otak kamu penyokong komunis… Buang masa, saya undur dari group ini kerana ada yang tidak cerdik… itu kata kamu… yang nak undur siapa… tunggu dan lihat,katanya memetik ‘printscreen’ perbualan di dalam group tersebut.

Memang bengang la ahli PERKASA kerana presiden mereka sendiri memilih untuk bersubahat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Sebelum ini bukan main lagi cakap yang Kit Siang tu anti Islam dan Melayu. Tapi tiba-tiba boleh pulak duduk satu meja dengan dia. 

Disebabkan itu ahli PERKASA mendesak Ibrahim Ali untuk berundur dan letak jawatan sebagai presiden.

“Sejak Tok Him (Ibrahim) tidur sebantal dengan DAP, Perkasa dilihat semakin lemah dan kehilangan sokongan… Majoriti ahli dah mula melihat Tok Him sebagai pengkhianat, sebab itu Perkasa Kedah berkubur.

“Jelas Tok Him juga pengkhianat orang Melayu macam Tun M.. Dah tak ada beza dengan Mat Sabu… Berundurlah wahai pengkhianat bangsa Melayu” ujarnya.

Ibrahim Ali bukannya mahu mengaku salah, sebaliknya memaki hamun pulak ahlinya.. Eshhhh, pelik betul perangai! Memang patut la ahli PERKASA mogok dan mengambil keputusan untuk meletak jawatan secara beramai-ramai. Sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap PERKASA, lebih baik mereka berundur..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment