Thursday, March 10, 2016
Ikatan Nafi Sertai PAS Bentuk Blok Baharu Pembangkang
PETALING JAYA : Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bukan salah satu
parti yang bergabung bersama PAS untuk membentuk blok baharu
pembangkang, kata presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Beliau menafikan spekulasi mengenai parti pelbagai kaum yang baharu itu
akan menyertai kerjasama rasmi dengan PAS, walaupun pemimpin-pemimpin
dari kedua-dua parti berhubung rapat.
"Tidak, ia tak benar. Ya, kami memang sangat rapat dengan PAS tetapi
tiada hubungan rasmi yang diperkatakan," katanya kepada media
pada Khamis.
Abdul Kadir yang merupakan bekas menteri Kabinet turut menafikan
mesyuarat yang dikatakan diadakan bersama pemimpin-pemimpin PAS pada
Khamis bagi membincangkan kerjasama berkenaan.
"Tiada jemputan rasmi," katanya ketika ditanya jika PAS telah
menghubungi mereka mengenai idea untuk membentuk blok baharu
pembangkang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mendedahkan
bahawa parti Islam itu PAS akan menubuhkan sebuah blok baharu
pembangkang pada 16 Mac ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin
Hassan.
Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Khamis, Takiyuddin
berkata parti Islam itu akan bekerjasama dengan mereka yang mempunyai
objektif sama.
Ikatan ditubuhkan pada Mei tahun lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment