Kita baru sahaja menerima makluman bahawa malam ini bakal berlangsung majlis Jom Keluar PERKASA bertempat di Dewan Johar, Sungai Udang, Klang jam 9 malam ini.
Benarkah apa yang kita terima ini?
Mesej-mesej yang sama juga sudah bertebaran menerusi aplikasi WhatsApp
dan Telegram, menyatakan perkara yang hampir sama.
Jika benar, maka ia adalah satu tamparan
hebat kepada YDP PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya yang juga berasal
dari Klang, Selangor. Malah, sebelum menjawat jawatan peringkat negeri,
beliau adalah Pengerusi PERKASA Klang.
PERKASA Klang cukup dikenali sebelum ini
dengan jumlah keahlian yang ramai, sehingga pada 2011, satu majlis
khusus untuk meraikan jumlah keahlian 5000 orang dianjurkan dan
menjemput Ibrahim Ali sebagai tetamu undangan mereka.
Secara jujur, penulis tidak terkejut
dengan situasi ini kerana sejak pertama kali PERKASA menari mengikut
irama “My Way”, pasti satu hari nanti mereka akan berdepan dengan krisis
dalaman.
Manakan tidak, irama “My Way”
didendangkan oleh watak yang jika kita amati secara dekat, cukup bijak
menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk menjayakan cita-citanya.
Buktinya, bagaimana harus ahli PERKASA menerima hakikat, bahawa kini
mereka mempunyai memorandum persefahaman dengan DAP? Gara-gara irama “My
Way”, maka ramai ahli PERKASA terpesona. DAP, kini cukup dekat dihati,
tidak asing lagi.
Keberadaan orang-orang kuat PERKASA
Selangor dan Klang yang sering menghiasi program-program bersifat anti
kerajaan dan anti perdana menteri juga telah lama kita perhatikan.
Mungkin juga secara kebetulan, entah bagaimana wajah-wajah yang sama
juga kelihatan di program atau acara anjuran Gerakan Ketua Cawangan
Malaysia (GKCM). Mungkin pelanduk 2 serupa.
Yang terpesona semakin lena, namun
rupanya masih ramai yang terngiang-ngiang di halwa telinga, berlegar
segar di dalam kepala, akan indoktrinisasi PERKASA ke atas DAP, yang
akhirnya membawa kepada gelombang seperti yang sedang berlaku di Kedah,
Kelantan dan kini Selangor.
Jika 12 Januari yang lalu Ibrahim Ali
secara sarkastiknya mengakui tidak lena tidur memikirkan kenyataan DAP
bahawa parti itu tidak anti Islam dan Melayu, ternyata kini beliau sudah
mampu lena diulit “My Way” dalam tidurnya.
Peace Yawwwww!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment