Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam
Persidangan Serantau ke-33 bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Makanan dan
Pertanian, memaklumkan rakyat komited untuk membasmi kemiskinan dan
kebuluran di rantau ini.
Dalam masa sama, Zahid turut menasihati rakyat dinegara ini supaya
berjimat dan tidak membazirkan makanan, memandangkan hasil kajian yang
dilakukan selama ini menunjukkan sisa makanan di negara ini semakin
bertambah.
Memang benar apa yang dikatakan Zahid mengenai penanda aras mengenai
sisa makanan... Jika dilihat pada hari ini, rakyat negara yang kononnya
tersempit dengan kos sara hidup tinggi masih tidak mengamalkan sikap
berjimat dan sering mengamalkan pembaziran dalam kehidupan mereka.
Pembaziran yang sering dilakukan rakyat di negara ini ialah pembaziran
dari segi makanan... Sekiranya mereka membeli makanan, pasti makanan
terbabit hanya dimamah sedikit dan saki baki makanan tersebut akan
dimasukkan ke dalam tong sampah.
Oleh itu, Zahid Hamidi menasihati rakyat di negara ini supaya tidak
membazir makanan, dengan menceritakan bagaimana rakyat di luar negara
yang mati kebuluran untuk mendapatkan sedikit makanan, khususnya negara
yang sedang berperang.
"Kami telah melihat terlalu banyak kes di mana apabila negara yang
runtuh (perang), makanan tidak mudah tersedia kerana keselamatan negara
yang tinggi," kata Zahid.
Dalam persidangan tersebut, Zahid turut melancarkan kempen 'MySaveFood'
sebagai satu inisiatif global untuk mengurangkan sisa makanan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment