Baru-baru ini saya berkesempatan untuk berbicara dengan beberapa akar
umbi UMNO di Bahagian Jerlun, kawasan yang diketuai bekas Menteri Besar
Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Kebetulan mereka singgah
'pekena' Nasi Kandar di Butterworth, maka sempatlah kami bersua sejak
lama tidak berjumpa.
Penulis sengaja bertanya mereka tentang keadaan terkini politik UMNO
Bahagian Jerlun. Maklumlah, ketua bahagian mereka baru saja digugurkan
dari jawatan Menteri Besar, sudah tentu sebagai ahli di UMNO Bahagian
itu, mungkin ada yang tersirat di sebalik yang tersurat...
Pada awalnya, penulis menyangka mereka menyokong Mukhriz. Mereka masih
muda dan khabarnya Mukhriz meraih sokongan kuat dari orang muda di
Kedah. Namun jangkaan penulis itu meleset, rupanya mereka ada cerita
Jerlun yang penulis percaya mungkin sengaja disembunyikan Mukhriz dari
pengetahuan umum selama ini.
Menyebut saja nama Mukhriz, mereka bertanya apa jasa yang bekas Menteri
Besar itu tabur di kawasan Jerlun, terutama di Dun Ayer Hitam. Penulis
jawab 'tidak tahu' kerana penulis bukanlah orang Jerlun atau orang
Kedah. Penulis orang Pulau Pinang.
Kata mereka, sekurang-kurangnya jalan raya di Dun Sungai Limau diturap
baru termasuk di jalan-jalan kampung utama sewaktu arwah Tan Sri Azizan
Razak menjadi Menteri Besar. Tapi Mukhriz bukan saja tidak menurap jalan
baru, boleh dikatakan hampir tiada jasanya di Jerlun mahupun Ayer
Hitam.
Kata mereka, jika ada jasa Mukhriz hanyalah 'tampal' jalan sahaja.
Itupun jalan raya yang ditampal itu tidak bertahan lama, rosak kembali
dan terpaksa ditampal semula. Katanya keadaan itu bersilih ganti
sehingga Mukhriz digugurkan. Menariknya, yang dikatakan 'kaya' ialah
'tukang-tukang bodek' beliau yang mendapat kontrak 'tampal jalan'!
Kata mereka, Mukhriz yang terkini sempat meluangkan masa dalam kumpulan
'Whatsapp' akar umbi UMNO di Jerlun. Sesuatu yang beliau amat jarang
lakukan ketika berjawatan Menteri Besar. Kata mereka, Mukhriz meluahkan
rasa, cuba meraih simpati mereka atas apa yang berlaku padanya.
Mengejutkan, khabarnya Mukhriz meluahkan rasa kesal kerana tidak
mendengar nasihat pihak tertentu supaya jangan percaya pada Adun
Siputeh, merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun. Dato' Abu Hasan
Sarif dan Ahli Parlimen Jerlun merangkap Naib Ketua Bahagian UMNO
Jerlun, Dato' Othman Abdul Aziz.
Kata mereka, Mukhriz mengatakan dia sepatutnya tidak percaya pada Abu
Hasan dan Othman seperti yang dinasihati pihak berkenaan. Penulis agak
pelik dengan kenyataan Mukhriz itu. Jika tidak percaya pada Timbalan dan
Naibnya, pada siapa harus Mukhriz percaya?
Atau sememangnya benar bahawa Mukhriz sejak dari awal lagi gagal
menjalin hubungan baik dengan pemimpin tempatan. Jika dengan dua orang
kanan di UMNO Bahagian sendiri pun dia tidak percaya, apakah Mukhriz
harus percaya pada pegawai-pegawainya yang 'diimport' dari luar? Apa
yang mereka tahu tentang Jerlun berbanding Abu Hasan dan Othman agaknya?
Abu Hasan ketika Mukhriz digugurkan dari jawatan Menteri Besar sempat
mengalirkan airmata di hadapan para penyokong UMNO di Jerlun, tanda
sedih atas apa yang berlaku. Tapi Mukhriz tidak percaya pada airmata
simpati Abu Hasan? Mungkin kini Mukhriz lebih percaya pada Lim Kit Siang
dan Lim Guan Eng barangkali?
Sejarah Mukhriz menjadi Ketua UMNO Bahagian khabarnya tidaklah gemilang.
Khabarnya Mukhriz diberi laluan mudah oleh bekas Ketua UMNO Bahagian
sebelumnya, atas permintaan Tun Dr Mahathir. Ia adalah satu tindakan
yang pelik bagi seorang Ketua UMNO Bahagian dengan 'rela' melepaskan
jawatan untuk individu yang dilihat sebagai 'orang luar'.
Penulis tidak tahu apa 'habuan' yang ditawarkan untuk mendapatkan
'laluan mudah' buat Mukhriz di Jerlun. Tapi khabarnya tindakan itu
membuat ramai akar umbi tidak hormat pada Mukhriz. Kata mereka, Mukhriz
'naik' bukan kerana dia berjasa pada UMNO Jerlun, tapi kerana namanya
'berbinkan Mahathir'...
Dari perbualan pada makan malam itu, penulis simpulkan bahawa Mukhriz
sememangnya dari awal lagi goyah di UMNO Bahagian Jerlun yang beliau
ketuai. Jika di UMNO Bahagian sendiri pun goyah, apatah lagi di
peringkat negeri. Sudah tentu lebih 'parah' dan 'bergoncang teruk'. Itu
pun 'macai-macai' Mukhriz kata beliau raih sokongan padu?
Penulis juga simpulkan Mukhriz gagal di UMNO Bahagian Jerlun dan Dun
Ayer Hitam, walaupun hampir 3 tahun berjawatan Menteri Besar Kedah.
Kawasan sendiri pun tidak terbela, masakan pula untuk membela kawasan
lain. Bersangka baik, mungkin Mukhriz terlalu 'sibuk' berulang alik dari
Kedah ke Kuala Lumpur bertemu keluarganya yang menetap di sana, hingga
tiada masa untuk rakyat di kawasan sendiri.
Mungkin itulah hakikat dan realiti yang berlaku di Jerlun dan Kedah yang
selama ini tidak diceritakan Mukhriz atau 'macai-macai'nya yang sibuk
berselfie di sana sini di seluruh Kedah. Bagai 'rusa masuk kampung',
bagi Mukhriz, mungkin menjadi Menteri Besar hanyalah sebahagian dari
'pakej pelancongan' mempopularkan diri di kalangan orang kampung.
Itulah gambaran Mukhriz yang terkini dari sudut pandang penulis dari
cerita orang Jerlun sendiri. Bukan penulis yang menyampah pada Mukhriz,
tapi akar umbi yang menetap di kawasan Mukhriz sendiri. Tapi ada Mukhriz
peduli pada mereka? Mungkin Mukhriz lebih selesa berada di London
bersama anak isterinya yang seksi..?
Oleh : Amir Hamzah
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment