
Sudah muak hendak didengar, balik-balik musuh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Abdul Razak menggunakan modal dana RM2.6 bilion untuk
dijadikan isu. Nampak sangat yang mereka ini terlalu terdesak untuk
memburukkan Najib, sampai terpaksa recycle isu lama. Dah basi laaa
weiii!
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi
berlagak seperti hero negara. Konon buat pendedahan mengenai
perbelanjaan RM1.5 bilion yang digunakan untuk pilihan raya umum ke-13
yang lepas.
Dengan nada yang tidak berpuas hati dia mengungkit kisah lapuk mengenai
wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana
menteri, yang didakwa sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.
Soalnya, kenapa Najib boleh kembalikan RM2.03 bilion daripada RM2.6
bilion jika RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pilihan raya?? Jika
mengikut pengiraan sebenar, baki RM2.6 bilion haruslah sebanyak RM1.1
bilion.
"Apa yang saya dapati pelik dan ingin tahu tentang RM2.6 bilion yang
didakwanya derma (dari) Arab, adalah jika beliau membelanjakan RM1.5
bilion pada pilihan raya umum ke-13 maka yang tinggal hanya RM1.1
bilion.
"Macam mana dia boleh kata pulangkan RM2.03 bilion balik kepada Arab? (Bagaimana baki dari RM1.1 bilion boleh jadi RM2 bilion?
"Benda ini budak-budak kecil pun boleh faham. Angka-angka semua ini
tidak betul." katanya dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din
Turtle di Youtube.
Mungkin Mukhriz terlalu mentah untuk ‘disekolahkan’, sebab tu pemimpin
lain nasihatkan Mukhriz lebih baik duduk diam-diam. Mukhriz terlalu
mentah untuk faham mengenai dana sumbangan, mungkin dia tak faham bahawa
dana politik tidak semestinya datang dari sumbangan Timur Tengah
sahaja.
Mungkin juga terdapat sumbangan peribadi dari pemimpin UMNO yang lain.
Dia apa tahu?? Apa yang dia tahu cuma ungkit pasal cerita yang sudah
basi ni. Canang habis ke serata negeri, raih simpati pasal kena pecat di
Kedah… Alaaaahai, kesiannya anak Mahathir Mohamad ni...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment