PEMUDA UMNO BERDIRI TEGUH DI BELAKANG NAJIB
Pergerakan Pemuda UMNO kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol bersama pemimpin-pemimpin
pembangkang serta NGO anti-kerajaan mengemukakan deklarasi menolak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pergerakan Pemuda UMNO sedih kerana Tun Dr Mahathir sendiri
mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara semata-mata mahu melihat
Datuk Seri Najib Tun Razak digulingkan daripada jawatannya sebagai
Perdana Menteri.
Selama 22 tahun beliau berjasa membangunkan negara namun akhirnya Tun
Dr Mahathir sebagai bekas Presiden UMNO telah memilih untuk bersama
pembangkang semata-mata untuk merealisasikan agendanya itu dan memberikan tauladan yang buruk di hujung karier politiknya.
Lebih menyedihkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut
bersama Tun Dr Mahathir dalam agenda untuk memusnahkan Datuk Seri Najib
Tun razak dan juga UMNO sendiri.
Oleh yang demikian, memang tepat keputusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO
membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan
Presiden UMNO dan sebelum itu digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana
Menteri.
Malah Pergerakan Pemuda UMNO juga melihat tindakan Muhyiddin dan
Mukhriz ini seolah-olah mencabar UMNO untuk memecat mereka daripada
parti, sekaligus membuka perwatakan mereka yang sebenarnya bahawa
merekalah sebenarnya dalang yang cuba menghancurkan UMNO.
Kami Pergerakan Pemuda UMNO akan berdiri teguh di belakang Datuk Seri
Najib Tun Razak dan merapatkan saf mempertahankan perti keramat ini
agar tidak diganggu-gugat anasir asing, sekaligus memastikan tiada
‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO.
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment