Lim Kit Siang minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat
ke atas transaksi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh anaknya Lim
Guan Eng.
Katanya, sebarang dakwaan mengenai salah guna kuasa wajar disiasat.
"Apa yang penting ketika ini ialah pastikan SPRM mengambil serius semua
dakwaan yang dibuat terhadap ahli politik tanpa mengira parti," katanya.
Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang dalam satu kenyataan memberitahu telah
menerima aduan berkaitan isu pembelian banglo oleh Lim Guan Eng,
beralamat No. 25 Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dan keterangan pengadu
berhubung isu ini turut dirakam.
SPRM turut menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini
merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum
ini.
Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan
bukan pembelian. SPRM yang sentiasa berpegang pada prinsip bebas,
profesional dan telus, memberi jaminan akan menyiasat setiap aduan dan
maklumat yang ada unsur rasuah tanpa pilih kasih.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment