Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Tak sangka begitu cepat,
Sampai tunduk dengan DAP
Wednesday, March 09, 2016
#RespectMyPM: Ramai Ahli Ingin Tinggalkan PERKASA ???
Bukanlah sesuatu yang
baharu untuk mana-mana organisasi menyatakan sokongan mereka kepada
sesiapa pun, baik kepada pembangkang mahu kerajaan. Di bawah pimpinan
Perdana Menteri Najib Razak, kita dapat lihat sendiri betapa rakyat kini
mempunyai ruang dan kebebasan untuk menyatakan pendirian, berbanding
sebelumnya.
Umumnya kita tahu dan faham, bahawa
PERKASA adalah bersifat ultra Melayu, dan secara terbuka menyatakan
bahawa DAP adalah ancaman terbesar. Namun, segala tampak berubah, dengan
siri penglibatan ahli-ahli mereka di program-program bersifat
anti-kerajaan. Bukanlah rahsia, PERKASA sangat taksub kepada mantan
Perdana Menteri, Tun Mahathir.
Kemuncaknya sudah tentu di program
Deklarasi Anti Najib, yang menggabungkan sebahagian besar pimpinan
pembangkang termasuk DAP. Suka tidak suka, PERKASA harus menelan hakikat
bahawa doktrin mereka selama ini ke atas ahlinya dan orang Melayu
terhadap DAP persis ibarat meludah ke langit.
Berikutan daripada itu, maka berlakulah
konflik dalaman di kalangan ahli PERKASA sendiri. Di Kedah, penulis
difahamkan ahli jawatankuasa PERKASA negeri Kedah termasuk Pengerusinya,
Datuk Yusuf Yusima telah meletakkan jawatan gara-gara tidak berpuas
hati dengan tindak-tanduk pimpinan mereka bersekongkol dengan DAP.
Mungkin pada ketika ini, PERKASA Kedah sudah lumpuh, dan hanya menunggu
untuk dihidupkan kembali dengan seorang pengerusi yang boleh
tertoleransi dengan DAP.
Mungkin Dato’ Zulkifli Noordin boleh mencuba.
Di Kelantan pula, PERKASA Parlimen
Pengkalan Chepa secara rasminya dibubarkan sebagai tanda sokongan mereka
kepada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.
Kini, seperti sudah ada gelombang dari
ahli PERKASA untuk meninggalkan organisasi yang dipimpin oleh Ibrahim
Ali ini. Ini berdasarkan pemerhatian penulis di satu program NGO malam
tadi. Di dalam program berkenaan, barisan NGO yang hadir menyatakan
sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Perdana Menteri Najib
Razak dan penulis mendapati ramai di antara mereka yang juga ahli
PERKASA.
Tidak cukup dengan itu, kedengaran pula desas-desus bahawa mereka akan meninggalkan PERKASA dalam masa terdekat.
Satu ketika, PERKASA pernah dianggap
sebagai alternatif kepada UMNO atas kemelayuannya. Malah, PERKASA juga
dilihat lebih UMNO dari UMNO. Tapi itu dulu, dan kini mungkin PERKAKAS
adalah singkatan paling tepat untuk mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment