Dimana Datuk Seri Ahmad Said ? Itu yang jadi tandatanya pagi Rabu bila
sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu disambung semula setelah
ditangguhkan awal petang Selasa.
Semua orang tercari-cari kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal, Kemaman yang juga bekas Menteri Besar Terengganu ini.
Apa tidaknya, beliau tiba-tiba buat kejutan Selasa bila mengemukakan usul
undi tidak percaya pada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif.
Ibarat kata angin tidak,ribut tidak, hujan tidak... Ahmad said lempar 'bom' ke dalam kubu sendiri di sidang itu.
Pada hari-hari kebelakangan ini menjelang sidang DUN memang tidak kedengaran apa-apa kontroversi politik di negeri itu.
Usul itu bagaimanapun ditolak oleh Speaker Datuk Mohd Zuber Embong kerana ia dikemukakan tanpa notis dua minggu.
Tindak tanduk Ahmad Said mencuri perhatian kerana perbezaan kerusi di
DUN Terengganu antara wakil rakyat kerajaan dengan wakil rakyat
pembangkang cuma dua orang.
BN ada 17 kerusi, PAS14 dan PKR 1.
Macam-macam cerita timbul mengenai ketiadaan Ahmad Said pada sidang DUN Rabu.
Ada yang kata beliau sudah terbang ke Korea Selatan untuk hantar anaknya belajar di sana.
Juga yang menjadi tandatanya lebih besar apakah motif Ahmad Said sebenarnya cetus kejutan itu.
Beliau dakwa kemuka usul undi tidak percaya itu kerana tidak puashati pada Menteri Besar dalam beberapa hal.
Biasanya isu dalaman parti dan pentabiran antara wakil rakyat kerajaan
dibereskan menerusi pertemuan dan rundingan sesama sendiri.
Kenapa Ahmad Said guna platform DUN yang boleh gugat kedudukan kerajaan BN negeri?
Dakwanya beliau hanya tidak sokong Menteri Besar tetapi bukan nak tumbangkan kerajaan negeri BN.
Juga katanya beliau tetap kekal dalam UMNO kecuali dipecat.
Namun Ketua Kelab Barisan Penyokong Kerajaan Terengganu dan juga Ketua
Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
kata tindak tanduk Ahmad Said pelik.
Malah beliau menilai ia mungkin ada kaitan dengan ' angin' politik di peringkat pusat.
"Sejarah yang agak pelik apabila ada ADUN BN bekerjasama dengan
pembangkang untuk undi tidak percaya. Ini mungkin rentetan dari
peringkat persekutuan seperti tindakan (bekas perdana menteri) Tun Dr
Mahathir (Mohamad).
Katanya BN Terengganu tetap berdiri teguh dibelakang Ahmad Razif.
Ahmad Said kebelakangan ini beberapa kali mengkritik kerajaan secara terbuka dan tidak sembunyi beliau pro-Mahathir.
Kalau di selak balik sejarah Ahmad Said memang tidak sunyi dari
kontroversi khususnya selepas digugurkan dari jawatan Menteri Besar pada
12 Mei 2014 dan digantikan dengan Ahmad Razif
Pelantikan Ahmad Razif itu menyebabkan Ahmad Said mengisytiharkan keluar
daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi DUN Kijal pada 13 Mei
2014. Tindakannya diikuti Ghazali Taib dan Roslee Daud yang
masing-masing ADUN Ajil dan Bukit Besi.
Bagaimanapun, Roslee kembali kepada UMNO pada 13 Mei, disusuli Ahmad Said dan Ghazali masing-masing pada 14 Mei 2014.
Beliau memprotes pengugurannya kerana dakwa ia memalukan kerana dibuat beberapa hari menjelang majlis perkahwinan anaknya.
Ahmad Said,63 dilantik sebagai Menteri Besar pada 23 Mac 2008 selepas
pilihanraya umum ke 13. Ini bila Istana Terengganu tidak perkenan
pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk penggal kedua sebagai
Menteri Besar....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment