PUTRAJAYA : Pada hari pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan
hilang dua tahun lalu, Datuk Kok Soo Chon, individu yang ditugaskan
mengetuai pasukan penyiasat pesawat malang itu sedang menonton wayang
bersama isterinya.
Ironinya, tajuk filem yang ditontonnya sekarang tepat menggambarkan
tugas beliau dalam menyelaras sebuah pasukan siasatan besar yang terdiri
daripada ahli dari tujuh negara.
"Bolehkah anda percaya nama rancangan tersebut sebagai Non-Stop? Dan kini tugas ini tiada henti," kata Kok.
Namun, Kok, seorang bekas ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
tidak kisah dan mengakui tanpa pekerjaan baharu, beliau tidak tahu apa
yang patut dilakukan.
Kok, seseorang yang kelihatan tegas berbual dengan pemberita di pejabatnya di Presint 15 di sini Selasa.
Beliau baharu sahaja selesai membacakan kenyataan interim berhubung
MH370 yang disiarkan secara langsung menerusi stesen Radio Televisyen
Malaysia (RTM) 1, petang Selasa.
"Kami berhasrat untuk mencari seberapa banyak kebenaran yang mungkin.
Kami berada di sini dengan misi, mempunyai kerja dan satu tugasan besar.
"Dunia sedang memerhati kita dan mereka tahu apa yang berlaku kerana
penutupan akan menjadi lebih baik untuk keluarga dan akan meningkatkan
keselamatan penerbangan," katanya.
Beliau mengakui pasukan penyiasat berada dalam tekanan yang besar tetapi
menganggap menyiasat misteri terbesar dalam sejarah penerbangan adalah
satu penghormatan.
"Ia bukan satu beban. Kami datang ke dalam pasukan ini secara sukarela dan masih bekerja dengan semangat yang tinggi," katanya.
Kok dilantik mengetuai pasukan itu pada 2014 yang terdiri daripada pakar
kemalangan udara dan penyiasat dari Amerika Syarikat (AS), Britain,
Perancis, Singapura, Indonesia, Australia dan China.
Lelaki berusia 65 tahun itu berkata waktu kerjanya tidak menentu kerana
beliau mengadakan mesyuarat dengan individu dari seluruh dunia dengan
zon masa yang berbeza.
"Kami berkomunikasi sehingga lewat malam dan awal pagi. Perkara pertama
yang saya lakukan sebelum pergi bekerja dan perkara terakhir sebelum
masuk tidur adalah melihat komputer riba saya.
"Pasukan saya di sini perlu meneliti semua e-mel dan artikel terbaharu mengenai pesawat itu.
"Boleh anda bayangkan berapa banyak yang dihantar kepada kami setiap hari," katanya.
Kok berkata bahagian paling mencabar dalam tugasannya adalah hakikat
bahawa beliau masih belum dapat menyediakan jawapan kepada waris
keluarga mangsa.
Katanya, matlamat utama pasukan adalah untuk mendedahkan laporan akhir
seperti yang ditetapkan di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO) Lampiran 13, yang diharap akan menjawab semua
persoalan mengenai kehilangan MH370.
Kok adalah seorang jurulatih terlatih dan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah DCA pada 1999 hingga 2007.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment