
Thursday, March 10, 2016
Tu Dia, Mahathir Setuju Bebaskan Anwar?

Sebuah portal media melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad bersetuju agar pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim menjadi agenda utama Deklarasi Rakyat.
Menurut portal berkenaan,
persetujuan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN)
Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad ketika dihubungi mereka
sebentar tadi.
Raja Kamarul berkata persetujuan itu dicapai ketika pertemuan sulit
yang diadakan bersama Mahathir dan pemimpin pembangkang semalam.
“Beliau (Mahathir) tidak menolak apa-apa (usaha bebas Anwar) kerana
apa yang penting ketika ini adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri
dahulu, kemudian muafakat ini akan berterusan.
SuaraTV sebelum ini melaporkan pertemuan sulit Dr Mahathir bersama
pimpinan pembangkang yang diadakan malam tadi bagi menyusun gerakan
untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Pertemuan yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses itu turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dari DAP, PKR dan Amanah.
Isnin lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
bertegas pembebasan Anwar adalah teras perjuangan Deklarasi Rakyat yang
kini didokong oleh pembangkang, Mahathir dan penyokongnya.
Wan Azizah turut berkata penglibatan Mahathir dalam deklarasi itu
menunjukkan beliau bersetuju dengan agenda PH yang mahu institusi
tertentu yang ‘memangsakan’ Anwar dirombak.
Sebelum ini beberapa pihak mempersoalkan kesediaan Mahathir menerusi deklarasi itu untuk membebaskan Anwar.
Anwar digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 ketika
Mahathir menjadi perdana menteri selepas didapati bersalah atas tuduhan
liwat buat kali pertama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment