Thursday, March 10, 2016
UMNO Tidak Panik... Dan Semakin Kuat Eratnya
Sebagai orang lama dalam UMNO dan pernah duduk dalam kabinet Tun Dr
Mahathir dulu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa tentu lebih
tahu stail bekas bosnya itu.
Beliau mengajak rakyat menilai secara bijak deklarasi anti-Najib yang di
pelopori oleh bekas Perdana Menteri itu seperti pergi menonton wayang.
Annuar berkata mereka perlu menilai siapa sebenarnya dalang dan apa tujuan ia diadakan.
Bercakap hal itu ketika menjadi tetamu program 'Soal Jawab' di TV3, Rabu
malam,beliau berkata," "Ada tiga kategori orang menonton wayang. Yang
pertama, mereka akan terikut-ikut jalan cerita dan terbawa-bawa (ke
luar).
"Kedua, ada yang melihat tapi dapat kawal emosi.
"Yang ketiga, akan berfikir siapa pengarah, pelakon dan sebagainya.
"Jadi sebagai orang lama dalam politik yang sudah melihat beberapa
politik dalam negara, saya melihat kempen deklarasi ini dalam konteks
ketiga.
"Ini kerana Tun Mahathir seorang strategist. Jadi kena lihat beberapa langkah ke hadapan.
"Harus diingati, beliau pandai menggunakan keupayaan orang lain untuk memenuhi matlamatnya," kata Annuar
Ketua Penerangan UMNO itu yang juga Anggota Parlimen Ketereh mengulas
mengenai tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada
Jumaat lepas mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang
daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada
PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib
Tun Razak sebagai perdana menteri.
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas timbalan perdana menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun
Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Beliau memberitahu UMNO tetap tenang dan tidak akan terburu-buru
mengambil tindakan terhadap anggota parti itu yang terbabit dalam
deklarasi Mahathir.
Bagaimanapun, beliau berkata parti itu tidak memandang remeh isu itu dan
akan mengambil kira segala aspek termasuk pandangan akar umbi sebelum
bertindak terhadap ahlinya yang jelas bersekongkol dengan pihak
pembangkang itu.
"Lagipun kita ada pelbagai biro dan jawatankuasa di dalam parti untuk menilai apa yang telah berlaku.
"UMNO tidak panik. Kita akan tenang tapi ambil serius serta tidak pandang remeh apa yang berlaku.
"Pada masa yang sama, disiplin dan ketegasan itu sentiasa ada dalam
parti. Biarlah rakyat menilai apa yang telah berlaku," katanya.
Annuar berkata apa sahaja isu yang dibangkitkan termasuk usaha menjatuhkan kerajaan, perlu ditangani dengan bijak.
"Walaupun apa jua masalah yang timbul, kita jangan tinggalkan dan lupa
amanah yang diberikan rakyat. Lihatlah masalah rakyat, negara, masalah
dalam dan juga masalah dari luar.
"Pada masa yang sama, harus diiingati, Perdana Menteri Malaysia tidak
boleh diturunkan atau dijatuhkan dengan deklarasi atau kempen tersebut.
"Pembangkang boleh wujudkan pelbagai isu tetapi kita sebagai kerajaan
yang memerintah, perlu mencari jalan penyelesaian, kita ada masa dua
tahun, janganlah semua hendak lepaskan kerja, utamakanlah kepentingan
rakyat," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment