Thursday, March 10, 2016
Waspada Agenda 'Deklarasi Mahathir' - Wee Ka Siong
Rakyat diminta berwaspada dengan agenda pihak yang terlibat dengan
'Deklarasi Mahathir' terutama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad
dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Timbalan Presiden MCA itu berkata pada suatu ketika kedua-dua pemimpin
itu begitu berdendam antara satu sama lain tetapi sekarang semuanya
dilupakan hingga pelbagai pihak keliru dan hairan apakah percaturan
politik yang cuba dimainkan.
"Saya rasa mereka punya satu matlamat sahaja iaitu menjatuhkan kerajaan.
"Kita sepatutnya tumpukan kepada soal macam mana nak menambah pendapatan
rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Melaka Machap
Baru Food and Cultural Night' di Machap Walk, malam Rabu.
Beliau mengulas tentang tindakan Lim dan DAP bekerjasama dengan Dr
Mahathir untuk menyingkirkan Najib Razak sebagai perdana menteri.
Wee berkata MCA akan tetap berdiri teguh di belakang Najib dan menyokong Barisan Nasional terus meneraju negara.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kampung Machap Baru di sini
dilihat akan menjadi satu tarikan pelancongan di negeri Melaka dengan
pembukaan Machap Walk yang menempatkan 146 peniaga Melayu, India dan
Cina.
Beliau berkata kampung yang berusia 60 tahun itu bukan sahaja akan
menjadi pusat ekonomi penduduk setempat tetapi juga mampu meningkatkan
industri pelancongan di Melaka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment