Monday, April 25, 2016
Alhamdulillah Dengan Rezeki Pemberian-Nya... Maka Nikmat Apa Lagi Yang Kamu Dustakan
KUALA LUMPUR : Seramai 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima
bantuan 20 kilogram (kg) beras percuma setiap bulan menerusi program
MyBeras, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek.
Beliau berkata, jumlah penerima bantuan itu dibuat berdasarkan data
e-Kasih yang dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan
Perdana Menteri sehingga 15 Mac lepas.
"Menurut data daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pula, seramai
12,467 keluarga miskin tegar orang Asli berhak menerima bantuan beras
percuma di bawah program itu," katanya pada persidangan Dewan Negara di
sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Lucas Umbul mengenai langkah
kementerian dalam mengagihkan beras MyBeras kepada golongan sasar serta
kriteria yang diperlukan bagi melayakkan mereka memohon program itu.
Ahmad Shabery berkata tiga negeri utama yang akan menerima bantuan di
bawah program itu ialah Sabah iaitu 31,055 keluarga, diikuti Sarawak
30,094 keluarga dan Kelantan seramai 13,417 keluarga.
Ahmad Shabery berkata, kerajaan telah menetapkan penerima MyBeras adalah
berdasarkan data miskin tegar e-Kasih yang merupakan rujuk tunggal Data
Kemiskinan Nasional dan senarai miskin tegar Orang Asli di bawah data
eDamak yang diselaraskan Jakoa.
Paras garis kemiskinan tegar yang diguna pakai ICU yang ditetapkan Unit
Perancang Ekonomi bagi sebuah isi rumah adalah RM580 sebulan di
Semenanjung Malaysia, RM710 bagi Sabah dan Labuan, manakala RM660
sebulan di Sarawak.
Kepada soalan tambahan Senator Datuk Mohd Salim Sharif mengenai tarikh
pelaksanaan program MyBeras, Ahmad Shabery berkata ia dijadualkan
dilaksanakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada
7 Mei 2016.
"Sepatutnya (program MyBeras) sudah dilaksanakan. Tetapi kita tidak mahu
ia dipolitikkan sebab sekarang pilihan raya itu sudah hampir. Jadi kita
akan tunggu selepas pilihan raya Sarawak," katanya.
Program MyBeras diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 28 Januari lepas. Di bawah program itu setiap keluarga yang
layak akan menerima 20kg beras setiap bulan dari Mei hingga Disember
tahun ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment