Secara tiba-tiba seorang ahli Amanah ini sentap dengan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man. Iyalah,
sebelum ini kan Amanah bangga sangat dan menganggap bahawa perhimpunan
bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dianjurkan mereka
berjaya dengan gemilangnya.
Sekarang ini bila ada orang kutuk sikit, pasal tunjuk perasaan jalanan
mereka adalah satu tindakan yang bodoh dan tidak mendapat sambutan yang
menggalakkan. Haaaa… Apa lagi masam mencuka la muka, sentap terus.
Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad menuduh Pas suka
bermegah-megah diri kerana mengutuk tunjuk perasaan yang dianjurkan
mereka. Kenyataan yang dikeluarkan Tuan Ibrahim sebelum ini, dianggap
seperti sengaja mahu memperlekehkan geng tunjuk perasaan tersebut.
“Sesetengah orang suka bermegah,” katanya.
Mana tak panas, perhimpunan tersebut julung-julung kalinya diadakan oleh
Amanah. Sebelum ini mereka dengan PAS, so kena perli dengan parti Islam
tu sikit.., apa lagi terus melenting dan cuba untuk timbulkan
persengketaan semula.
Pas mendakwa bahawa anjuran tersebut gagal kerana ketiadaan parti Islam
tersebut untuk memeriahkan ‘majlis’. Betul la tu… Hambar sebab tak cukup
korum, sebelum ini Pas dan penyokongnya yang memeriahkan ‘majlis’.
Berang apabila kena perli, Amanah menasihatkan Pas supaya adalah lebih
baik mereka mengambil sikap berdiam diri kerana parti mereka sendiri
masih lagi belum membuat keputusan mengenai cukai GST.
“Kedudukan PAS dalam isu GST tidak menentu, Jika kamu tidak mahu
menganjurkan perarakan membantah GST, maka lebih baik jika kamu
berdiam-diri.” katanya.
Namun begitu, Dzulkefly mengakui bahawa bilangan peserta yang hadir
adalah jauh lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan sebelumnya. Kan
dah cakap tak dapat sambutan.. Tapi Amanah nak cover line, dorang cakap
peserta tak ramai sebab cuaca panas terik dan orang cina nak hormat
nenek moyang mereka. Elehhhh, alasan je tu.
“Jumlah orang yang tampil boleh diterima, memandangkan cuaca yang menduga dan mencabar,
“Kebetulan bertembung pula dengan acara Qingming, hari yang penting buat
masyarakat Cina untuk menunjukkan rasa hormat pada nenek moyang
mereka.” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment