Monday, April 18, 2016

Apa Lagi Mahathir, Sudah Sudahlah

Saya difahamkan mantan ahli UMNO, Mahathir Mohammad ini masih tidak berpuas hati di sebalik kenyataan Menteri Luar Arab Saud, Adel Al Jubair kelmarin yang mengesahkan bahawa wang berbilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri tahun 2013 dari negara itu adalah sememangnya wang derma.

Apa lagi dia ni nak?  Dah jelas bukan wang dari 1MDB, dah jelas dari Arab Saudi.

Sudah-sudahlah tu, dah bagi bukti, dia mintak bukti lagi, gila macam mana? Semua jelas dah, terimalah hakikat awak tu bukan Nabi, boleh dan dah banyak buat dosa pun.

Ini jelas menunjukkan Mahathir dan kuncu kuncunya tidak berminat dengan jawapan, tidak berminat dengan kepentingan rakyat dan tidak berminat dengan kebenaran.

Ada satu dorongan kuat untuk melihat Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh sampaikan segala penjelasan serta bukti tak diterima dan apakah dorongan itu?  Ramai percaya ia adalah untuk meletakkan anaknya sebagai Perdana Menteri menjelang 2020.

Rakyat perlu menerima hakikat bahawa Mahathir tidak berjuang untuk rakyat bila menentang Perdana Menteri, ini dah kes lain, ini dah kes peribadi.  Kalau berjuang untuk rakyat, bila jawapan diberi serta disokong dengan bukti, patut terima dan teruskan hidup.

Takkanlah Menteri Luar Arab Saudi nak berbohong untuk Najib, besar mana sangat kita ni dia nak ambil risiko macam itu?  Fikir macam itu saja dah cukup. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment