Monday, April 18, 2016

Arab Dah Mengaku Derma, Mahathir Bila Nak Mengaku “Gila”?

EDITOR MENULIS...
18 APRIL 2016
Saudi Arabia Foreign Minister, Adel bin Ahmed Al-Jubeir gestures while speaking during his and Russian Foreign Minister Sergey Lavrov's news conference after their meeting in Moscow, Russia, Tuesday, Aug. 11, 2015.  Pressing to mediate the Syrian conflict, Russia on Tuesday hosted the Saudi foreign minister for talks that revealed their sharp differences about the fate of Syrian President Bashar Assad. (AP Photo/Alexander Zemlianichenko)
Mahathir dimalukan lagi bila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan bahawa wang berbilion yang masuk dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013, sememangnya wang derma dari negara tersebut untuk Perdana Menteri. Yang siar bukan Utusan tapi The Guardian.

Kenyataan ini konsisten dengan kenyataan yang diberikan Jubeir kepada New York Times awal tahun ini bahawa wang itu memang datang dari Arab Saudi, cuma persoalan dulu tu derma atau pelaburan.  Hari ini sah derma.

Nampaknya Arab tak gila bila bagi derma, yang “gila” mungkin Mahathir. Hanya sebab dia tak dapat derma Arab masa jadi Perdana Menteri, maka mustahil jugaklah semua Perdana Menteri selepasnya nak terima derma Arab? Gila punya kira-kira macam itu.

Penulis menanti apa lagi akal Mahathir selepas ini apabila Arab Saudi sendiri mengesahkan wang itu adalah derma.  Dia nak kata Menteri tu kena beli dek Najib ke atau dia nak balik soal etika ke (seorang Perdana Menteri tidak sewajarnya terima wang begitu banyak)?

Mana-mana satu pun, rakyat perlu tahu bahawa Najib tidak salah, menerima derma dari luar pun tidak salah, tidak ada undang-undang yang dilanggar, Bank Negara tahu duit itu masuk dan tak bercakap apa.  Yang salah ini adalah Mahathir dan kuncu kuncunya.

Tapi percayalah, kenyataan dari Menteri Luar Saudi ini tidak akan mengubah pandangan Mahathir dan pengikutnya yang taksub. Orang sokong berasaskan ketaksuban ni apa nak guna cakap banyak-banyak, takde hasil, cakap dengan tiang lebih baik. Dia percaya Mahathir betul jugaklah walaupun terang-terang salah, taksublah katakan.

Rakyat hendaknya jangan letak diri serendah penyokong Mahathir. Itu puak taksub bukan tau apa benda, Mahathir saja yang betul, orang lain semua yang salah.  Waima terbukti banyak kali bahawa ia adalah Mahathir sebenarnya yang salah, bukan puak ini peduli.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment