• Pada 23 Mac 2016, saya telah mengemukakan satu bukti berkenaan isu
pemilikan hartanah yang sebelum ini dijangka untuk dibangunkan sebagai
projek perumahan mampu milik 2 fasa di Taman Manggis, Penang.
• Bukti tersebut menunjukkan berlakunya transaksi sub-sale hartanah tersebut dari KLIDC kepada pihak ketiga.
• Hari ini, saya mempunyai surat Perjanjian Jual Beli tanah tersebut
yang telah ditandatangani dan dicop bertarikh pada 11 November 2015, di
hadapan saya. Harga tanah yang disebut dalam perjanjian itu melalui
transaksi sub-sale adalah RM70,643,628.00.
• Perjanjian-perjanjian yang wujud pada jual beli ini adalah saling
berkait-rapat (inter-alia) antara satu sama lain, dan secara
undang-undangnya disebut atas satu perjanjian, iaitu:
1. Penjualan Kuala Lumpur Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) untuk RM18,643,628; dan
2. 2. Penjualan Victoria International Medical Centre Sdn Bhd (VMC) untuk RM52,000,000.
• Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki ketiga-tiga syarikat
tersebut – KLIDC, VMC dan vendor-vendor kepada VMC, Tang Renewable
Energy Engineering – secara majoriti.
• Berdasarkan serahan akaun yang terbaru kepada SSM menunjukkan KLIDC
telah membayar modal sebanyak RM300,000 dan nilai aset negatif yang
bersih sebanyak RM1.2 million.
• Sementara itu, VMC yang ditubuhkan pada September 2010, dua bulan
selepas penganugerahan projek Taman Manggis, juga telah membayar
sebanyak RM500,000 dengan nilai aset negative sebanyak RM1.6 juta.
• Selanjutnya dalam perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa VMC juga
pada Julai 2011 telah melaksanakan satu perjanjian usahasama antara
KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut.
• Apabila dibuat perbandingan, ternyata kedua-dua perjanjian tersebut
mempunyai persamaan ke atas jualan projek Medical Centre dan Hotel
tersebut dengan Taman Manggis sebagai aset utama mereka.
• Berdasarkan pasaran hartanah terkini, nilai tanah komersil sepanjang
Jalan Burmah di mana lokasi tanah tersebut berada adalah RM1,000 kaki
persegi, atau lebih.
• Selepas pendedahan yang saya bentangkan di Parlimen baru-baru ini,
Ketua Menteri Pulau Pinang telah menafikan bahawa tanah tersebut dijual
pada pihak ketiga. Namun, beliau tidak menyatakan bahawa tanah tersebut
itu kini di bawah pegangan pihak KLIDC dan dalam masa yang sama,
penjualan saham-saham KLIDC turut sama memberi kesan kepada penjualan
tanah tersebut.
• Menurut kebiasaan projek-projek kerajaan dan privasi perjanjian,
penjualan atau penukaran status pemilikan kepada sesebuah syarikat yang
telah dianugerahkan dengan projek hendaklah dimaklumkan dan diberi
kelulusan oleh pihak kerajaan negeri sebelum setiap penjualan saham
boleh diambilkira.
• Persoalannya,
i) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan penjualan
projek ini pada November 2015 dan sekaligus meluluskannya? Atau,
ii) Adakah terma umum ini tidak digunapakai dalam perjanjian antara pihak kerajaan negeri dan KLIDC?
• Tanah tersebut pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010
semasa Kerajaan Negeri DAP memberi projek tersebut melalui prosedur RFP
yang kontroversi pada harga RM11,552,208.00 atau RM232 kaki persegi –
harga yang saya yakin ramai mengetahui, adalah jauh lebih rendah
daripada nilai pasaran sebenar pada waktu itu.
• Dengan pendedahan di hadapan anda pada hari ini, untuk lebih jelas,
tanah tersebut yang dirancang untuk projek perumahan rakyat kos rendah,
telah dijual pada syarikat swasta untuk harga yang kononnya lebih rendah
berbanding nilai asal, namun tidak wujud sebarang aktiviti pembinaan
secara fizikal untuk hampir 6 tahun selepas penyerahan projek.
• Projek ini, yang telah dijual kembali kepada pihak ketiga selepas 5
tahun kemudian – untuk harga yang lebih tinggi iaitu RM70.6 juta – dan
dijangka memberi pulangan sebanyak RM59 juta walaupun projek utamanya
masih belum dibangunkan.
• Dengan ini, saya telah mengarahkan jawatankuasa saya untuk menghantar
Perjanjian-perjanjian Jual Beli dan dokumen-dokumen yang berkaitan, yang
telah didedahkan pada hari ini kepada pihak SPRM dan PDRM untuk
tindakan lanjut. Kami berharap agar dokumen-dokumen tersebut dapat
membantu pihak SPRM dan PDRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan
lebih cekap tanpa prejudis.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment