Tuesday, April 19, 2016
Cabaran Debat Tony Pua : Wira Atau Sekadar “Kambing Hitam” Alihkan Isu Skandal Dap
PASIR GUDANG : Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hajah Normala
Abd Samad menasihatkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar
tidak membuang masa bermain retorik politik untuk berdebat semula
dengan Pengerusi 1MDB, Arul Kanda selepas gagal berbuat demikian sebelum
ini.
Jelasnya berdasarkan tindak tanduk Tony Pua dalam cabaran debat
sebelum ini ternyata Ahli Parlimen PJ Utara itu hanya bijak bersandiwara
apatah lagi dalam keadaan partinya Dap ketika ini berdepan dengan
pelbagai kemelut dan isu.
“Di
kala Dap terpalit dengan pelbagai isu skandal terutama yang membabitkan
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng , Tony Pua yang juga anggota
PAC ini nampaknya seakan cuba mengalihkan isu.
“Umum semua masih ingat betapa Tony Pua seperti lagak ayam jantan
mengajak Arul Kanda berdebat dan apabila debat hampir diadakan Tony Pua
memberi pelbagai atasan. Malah lebih memalukan apabila timbul cadangan
untuk menggantikan dirinya dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
untuk berdebat dengan Arul Kanda”, katanya kepada media di sini.
Justeru tambahnya tidak perlulah Tony Pua sekali lagi mahu muncul
sebagai ‘wira’ kepada Dap ataupun boleh dikatakan sebagai ‘kambing
hitam’ dalam menyelamatkan Guan berhubung isu skandal Taman Manggis dan
banglo mewahnya yang murah kerana tidak mempunyai kolam renang.
Terdahulu dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony
Pua sekali lagi mencabar Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat secara langsung di
kaca televisyen.
Tony berkata, cabaran itu dibuat, susulan laporan PAC berhubung
siasatan ke atas 1MDB yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment