SERIAN (SARAWAK) : Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak dan
penyandang kerusi DUN Bengoh Datuk Dr Jerip Susil menjadi calon langsung
Barisan Nasional (BN) pertama yang diumumkan Ketua Menteri Tan Sri
Adenan Satem hari ini.
Bagaimanapun Adenan, yang juga pengerusi BN negeri, akan mengumumkan senarai penuh calon langsung BN esok.
Dr Jerip akan bertanding bagi kerusi Mambong, sebelum ini dikenali
sebagai Bengoh, dan pengumuman itu dibuat Adenan ketika beliau berucap
merasmikan kompleks pejabat kerajaan negeri, pusat persidangan Serian
dan sambungan kawasan perbandaran baharu Serian di sini.
Ketika ditemui pemberita kemudian, ketua menteri berkata Dr Jerip
adalah dalam pasukannya dan beliau akan mengumumkan senarai penuh calon
langsung BN dalam sidang akhbar esok.
Adenan bagaimanapun enggan menyatakan jumlah keseluruhan calon
langsung BN yang akan diketengahkan dalam pilihan raya negeri akan
datang.
Dr Jerip, yang memenangi kerusi DUN berkenaan tiga kali sejak 2001
atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)-BN, meninggalkan parti
itu pada 2014 untuk menubuhkan sebuah parti baharu, Parti Rakyat Bersatu
(UPP) bersama-sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti
Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh serta dua lagi wakil ADUN daripada
SUPP, Ranum Mina (Opar) dan Johnical Rayong (Engkilili).
UPP adalah parti mesra BN manakala Jerip dan Wong pula terus menganggotai kabinet Adenan. Mambong menjadi pangkalan politik Jerip sejak dua dekad lepas.
Sebelum memenangi pilihan raya atas tiket SUPP-BN pada 2001, beliau
bertanding sebagai calon bebas bagi kawasan sama pada 1996 dan kalah
tipis kepada mendiang Datuk William Tanyuh, yang mewakili SUPP-BN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment