Isnin, 4 April 2016
Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seharusnya memberikan tumpuan
menyelesaikan isu yang sedang dihadapi beliau sendiri dan siasatan oleh
SPRM ke atas dirinya berhubung pembelian banglo oleh beliau di bawah
harga atau nilaian pasaran.
Mengenai
penjualan tanah oleh PERDA di Kampung Tok Keramat di Daerah SPS ; Lim
Guan Eng boleh meminta SPRM melakukan siasatan dengan membuat laporan
kepada SPRM sekiranya beliau mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam
penjualan tanah tersebut.
Lim
Guan Eng tidak perlu bersusah payah cuba mengalihkan perhatian rakyat
terhadap dakwaan salah laku terhadap dirinya kepada penjualan tanah oleh
PERDA kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapinya
sekarang.
Hari ini Lim Guan Eng turun melawat tanah di Kampung Tok Keramat untuk melihat dan menilai kesan mendapan tanah.
Ini
adalah kali pertama dalam sejarah 7 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua
Menteri, beliau turun melawat tanah PERDA atau tapak projek perumahan
agensi-agensi kerajaan Persekutuan.
Sekiranya
beliau sanggup turun padang melawat tapak cadangan projek-projek lain,
saya percaya isu-isu permohonan Kebenaran Merancang oleh agensi-agensi
Persekutuan yang tertunggak sejak 2012 mampu diselesaikan.
Terima kasih.
Datuk Zainal Abidin Osman
Perhubungan UMNO Pulau Pinang
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Datuk Zainal Abidin Osman
Perhubungan UMNO Pulau Pinang
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment