Tuesday, April 05, 2016
Menunggu 'Letupan Besar' Skandal Banglo Murah Guan Eng...
Sejak petang Isnin... heboh dalam beberapa groups whatsaps dikalangan
wartawan bahawa hari ini akan ada 'letupan besar' isu yang membabitkan
Ketua Menteri Pulau pinang Lim Guan Eng.
Dari risik-risik media, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk
Seri Rahman Dahlan sendiri akan membuat pendedahan tersebut dan mengikut
jemputan media yang diterima ia akan diadakan pagi ini.
Difahamkan dengan pendedahan yang bakal dibuat Selasa, Guan Eng tidak
boleh lagi berselindung selepas satu demi satu kontroversi penjualan
hartaah itu di bawah nilai pasaran sebenar didedahkan.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan
Cheng Guan pada Selasa turut membangkor status meragukan tiga syarikat
yang turut membida pembelian tanah berkenaan yang sebenarnya berstatus
bubar, gulung tikar dan ditutup, namun kerajaan negeri mendakwa mereka
telah memenuhi syarat ketat selain memiliki pengalaman luas dalam
menguruskan pusat perubatan pakar yang mahu dibangunkan di situ.
Huan bersama dokumen lengkap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
berhubung status ketiga-tiga syarikat terbabit iaitu United Overseas
Empire Sdn. Bhd. (UOE), GM HealthCare Sdn. Bhd. (GMHC) dan Ranting Setia
Sdn. Bhd. (Ranting Setia).
Menurut beliau, permohonan untuk cadangan (RFP) dibuat kali pertama pada
10 Ogos 2009 dan hanya tiga syarikat menyertainya iaitu UOE, GMHC dan
Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC), namun
ketiga-tiganya dibatalkan sebulan selepas itu memandangkan
wakil-wakilnya tidak hadir semasa sesi taklimat wajib dan lawatan tapak
menyebabkan mereka dikira sebagai melanggar syarat pemerolehan.
Berikutan itu, Huan memberitahu, satu lagi RFP dibuat bagi tujuan sama
pada 16 Februari 2010 dan kali ini, empat syarikat mengemukakan bidaan
termasuk Ranting Setia.
“Seperti kita sedia maklum, syarikat yang memenanginya adalah KLIDC,
yang dimiliki secara majoriti oleh bos (ketua) kepada Phang Li Koon,
Datuk Tang Yong Chew,” katanya menerusi blog beliau iaitu
datukhuan.blogspot.my.
Beliau berkata, pemeriksaan terhadap syarikat UOE mendapati ia hanya
diperbadankan dua hari selepas tarikh sesi taklimat wajib dan lawatan
tapak yang dibuat pertama kali itu dan syarikat tersebut kini didakwa
tidak lagi berfungsi selepas menyertai tender terbuka berkenaan.
“Tiada sebarang perolehan pada tahun kewangan 2010 dan tidak pernah lagi
mengemukakan penyata kewangan kepada SSM dalam tempoh enam tahun dan
status syarikat itu kini dikategorikan sebagai bubar.
“Syarikat GMHC pula diisytiharkan muflis sejak Jun 2009 dengan nilai
aset negatif serta tidak lagi mengemukakan penyata kewangan selama
tempoh enam tahun sejak 2010. Penerima syarikat ini dilantik pada 2011
dan ia kini disenaraikan sebagai sudah gulung tikar,” katanya.
Tambah Huan, syarikat Ranting Setia pula kini dalam status dorman (tidak
aktif) dan didakwa tidak pernah mengemukakan penyata kewangan kepada
SSM sejak tujuh tahun lalu, malah penyata kewangan terakhir dikemukakan
adalah pada tahun 2008 dan status syarikat itu kini ditutup.
Katanya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila ketiga-tiga syarikat
terbabit gagal meneruskan operasi mereka dan mengemukakan penyata
kewangannya selepas menyertai ‘tender yang ketat’ itu.
Beliau secara sinis mendakwa, keadaan itu berkemungkinan faktor feng sui
yang tidak baik bagi ketiga-tiga syarikat itu dalam mengemukakan RFP
bagi bidaan tersebut sebagaimana reaksi Ahli Parlimen Seputeh, Teressa
Kok yang mengaitkan harga banglo murah yang dibeli Guan Eng.
“Hanya KLIDC melepasi proses tender itu namun syarikat itu yang
memperoleh pendapatan berjuta ringgit pada 2010-2011, tiba-tiba menjunam
kepada kosong bagi penyata kewangan terkini. Tetapi itu cerita lain
yang akan saya tulis nanti,” tambahnya.
Sehubungan itu, Huan mendesak pentadbiran kerajaan Pulau Pinang
diterajui DAP agar mengamalkan ketelusan dalam tender terbuka dan
bukannya RFP berpilih selain perlu mengumumkan cadangan keempat-empat
syarikat terbabit.
“Ia bagi membolehkan rakyat memahami mengapa ada feng sui tidak baik terhadap mereka akibat daripada bidaan ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment