Tuesday, April 19, 2016

Mereka Yang Enggan Terima Kebenaran RM2.6 Bilion Sebenarnya Mahu Lihat UMNO Jatuh

KETEREH : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jika ada pihak yang masih mempertikai dan enggan percaya kebenaran berkaitan dana RM2.6 bilion maka ini bermakna orang tersebut sebenarnya mahu melihat kejatuhan kepimpinan UMNO.

Tegasnya, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir telah mengesahkan bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib datang daripada negaranya dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

“Pihak Arab Saudi telah pun membuat pengesahan ini dan jika masih ada yang tidak percaya maka mereka memang mahu melihat kejatuhan kepimpinan UMNO.
KOTA BAHARU, 16 April -- Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia, Dato' Seri Hamzah Zainudin bersalam dengan ahli-ahli UMNO semasa menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok UMNO Cawangan 4 Peringkat Bahagian Ketereh di sini hari ini . Turut sama Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Seri Annuar Musa. Foto -- MediaUMNO
“Oleh itu saya minta kepada semua ahli UMNO agar dapat mempertahankan perjuangan ini dan kepada rakyat yang benar-benar tahu dari segi kepentingan untuk mentaati pemimpin, supaya dapat mentaati pemimpin seperti yang difirmankan oleh Allah.

“Bila seseorang pemimpin itu dipercayai maka barulah ia dapat meneruskan agenda untuk membantu bukan hanya orang Melayu tetapi semua kaum yang ada di negara ini secara adil,” ujarnya kepada media selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan bahagian Ketereh malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seterusnya berkata selepas ini seharusnya tidak timbul lagi persoalan berkaitan RM2.6 bilion.

Dalam ucapan perasmiannya pula, beliau mengumumkan pemberian RM10 ribu kepada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Ketereh, peruntukan wang zakat sebanyak RM200 ribu kepada mereka yang layak di parlimen Ketereh, dua buah van jenazah dan kelas tambahan setiap minggu di semua sekolah di parlimen tersebut yang akan dibiayai oleh kementeriannya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment