Tuesday, April 05, 2016
Skandal RM70.6 Juta Taman Manggis Didedahkan, Guan Eng Sila Jawab
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang terpalit dengan
penyelewengan tanah Taman Manggis sekali lagi kantoi, apabila tanah
Taman Manggis yang didakwa dijual kepada syarikat KLIDC telah pun dijual
kepada pihak ketiga.
Seperti kita ketahui, tanah Taman Manggis yang pada awalnya digazetkan
untuk pembangunan rumah kos rendah telah dijual dengan harga murah
kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Ketua Menteri Pulau
Pinang.
Berdasarkan bukti yang dinyatakan oleh Pengarah Strategik Komunikasi
Barisan Nasional, Datuk Rahman Dahlan, tanah Taman Manggis yang dijual
murah itu bagi menaikkan hospital swasta dan hotel telah dijual kepada
pihak ketiga dengan harga yang tinggi.
"Bukti yang dikemukan pada tarikh itu menunjukkan wujud kemungkinan
berlaku transaksi sub-penjualan tanah daripada KLIDC kepada pihak
ketiga. Hari ini bersama saya adalah dokumen perjanjian jual beli tanah
berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November
2015. Harga belian transaksi sub-jualan ni disebut sebanyak
RM70,643,628.00.
"Tanah ini pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010
apabila kerajaan DAP Pulau Pinang menganugerahkannya menerusi proses RFP
yang kontroversial pada harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki
persegi- satu harga yang ramai percaya jauh lebih murah dari harga
pasaran.
"Projek ini kemudian dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun
kemudian pada harga RM70.6 juta- jangkaan keuntungan sebanyak RM59 juta
sementara projek teras masih belum dibangunkan," kata Rahman Dahlan.
Sepandai-pandai Guan Eng melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,... Guan
Eng yang 'gabra' dengan penyelewangan tanah Taman Manggis telah menipu
rakyat, khususnya rakyat Pulau Pinang dengan mengatakan tanah tersebut
telah dijual kepada syarikat KLIDC dan tidak dijual kepada pihak ketiga.
Namun semua itu adalah pembohongan Guan Eng apabila bukti yang terdapat
pada Rahman Dahlan menyatakan KLIDC telah menjual tanah Taman Manggis
itu, walaupun tanah tersebut belum dinaikkan sebarang bangunan mahupun
bangunan hotel dan hospital swasta seperti yang dikatakan kerajaan
negeri sebelum ini.
Dengan penjualan tanah ini, jelas terdapat unsur-unsur kaut untung
secara berlebihan dan rasuah apabila tiada sebarang projek dijalankan..,
tetapi tanah tersebut telah dijual dengan harga tinggi daripada dibeli
kepada pihak ketiga.
Justeru, Guan Eng perlu tampil menjawab mengenai pendedah terbaru Rahman
Dahlan, dan memberi kerjasama kepada pihak PDRM dan SPRM untuk
melakukan siasatan berhubung isu ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment