Monday, April 18, 2016
SPRM Cekup Lima Anggota Polis Termasuk Wanita... Kalau Kes Guan Eng Bila LAgi?
GEORGE TOWN : Lima anggota polis termasuk seorang anggota wanita dari
Balai Polis Air Itam, di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Pulau Pinang awal pagi Sabtu.
Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk M. Samarajoo berkata, pihaknya
melakukan serbuan di balai itu pada pukul 2.30 pagi dan menahan lima
anggota berusia 20 hingga 40 tahun.
"Anggota polis yang ditahan itu terdiri daripada seorang berpangkat
koperal, tiga lans koperal dan seorang anggota wanita berpangkat
konstabel.
"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung penerimaan
sejumlah wang bagi menyelesaikan kes curi kereta membabitkan seorang
lelaki baru-baru ini," katanya ketika dihubungi.
Katanya semua anggota itu ditempatkan di lokap SPRM negeri dan
dibebaskan dengan jaminan SPRM lewat malam tadi selepas pihaknya
merekodkan keterangan mereka.
Samarajoo berkata siasatan kes itu masih dijalankan dan pihaknya tidak
menolak kemungkinan akan memanggil beberapa lagi saksi bagi membantu
siasatan.
"Saya juga ingin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung
kes rasuah agar menyalurkan maklumat kepada pihak SPRM bagi membantu
siasatan," katanya.
Sementara itu, sumber berkata SPRM terlebih dahulu mengepung balai polis
berkenaan sebelum menahan semua anggota polis cawangan pencegahan
jenayah tersebut.
Difahamkan SPRM turut merampas sejumlah wang dipercayai membabitkan kes
rasuah itu yang disembunyikan dalam bekas makanan segera.
Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Mior Faridalatash Wahid ketika
dihubungi mengesahkan penahanan anggotanya bagi membantu siasatan SPRM
dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.
Katanya pihaknya akan memberi kerjasama kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment