GEORGE TOWN : Pemuda UMNO Pulau Pinang mahu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan campur
tangan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam penjualan tanah Taman Manggis
kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO negeri Ifan Zaini Md Tahar berkata
pihaknya akan membuat satu laporan di samping mengemukakan dokumen
berkaitan kepada SPRM bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Lim
berhubung dakwaan itu.
Beliau
mendakwa satu memo telah dikeluarkan oleh pejabat ketua
menteri mengenai penambahan nisbah densiti pembinaan di tanah Taman
Manggis kepada KLIDC.
“Bila densiti bertambah, keuntungan bertambah, adakah kerajaan negeri
dapat apa-apa bayaran untuk penambahan nisbah itu?” katanya
sebelum laporan itu dibuat di sini, hari ini.
Baru-baru ini, sebuah portal mendakwa memo yang dialamatkan
kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya
Pulau Pinang itu turut disertakan arahan bertulis oleh Lim di atas surat
permintaan oleh KLIDC yang dilampirkan bersama.
Arahan itu adalah untuk meningkatkan nisbah plot kelulusan daripada
1:55 kepada 1:7 yang memberikan lantai bangunan kelulusan ruang
bersamaan dua plot tambahan tanah Taman Manggis.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment