IPOH : Semua pihak perlu menerima penjelasan mengenai derma
RM2.6 bilion dan menjadikan isu itu satu titik noktah, kata
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata selain menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi
AdelAl-Jubeir bahawa derma itu datang daripada negaranya, pihak yang
telah memutarbelitkan isu berkenaan juga perlu menterjemahkannya dalam
bentuk tindakan.
“Saya fikir, mesti berjiwa besar untuk menerima hakikat dan
penjelasan ini … siapapun, mantan perdana menteri sekalipun terimalah
hakikat bahawa penjelasan ini adalah satu titik noktah,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan ‘Expo Outreach Dana Bumiputera @ Perak
anjuran Pemuda UMNO Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata isu derma tersebut
telah dipolemikkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai tujuan sehingga
menyebabkan rasa menyampah rakyat mengatasi realiti sebenar.
Pada Jumaat, Al-Jubeir ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dua
hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar Sidang
Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki
mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib memang datang
daripada Riyadh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment