*KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: PENIPUAN WALL STREET JOURNAL TERBUKTI*
8 Jun 2016
1. Hari ini, tuduhan palsu Wall Street Journal terhadap Malaysia
sekali lagi telah terbukti satu pembohongan, kali ini oleh Pihak
Berkuasa Kewangan Singapura.
2. Semalam WSJ mendakwa Goldman Sachs memindahkan AS$3 bilion
daripada dana terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dan
sebahagian daripada dana ini kemudian dipindahkan kepada Perdana
Menteri. Hari ini, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menyatakan bahawa
“Tiada bank di Singapura menerima pemindahan $3 bilion dari Goldman
Sachs berhubung dengan penerbitan bon 1MDB “.
3. Sungguhpun berat dakwaan mereka, WSJ tidak memberi sebarang bukti
yang boleh menyokong tuduhan mereka – ia kini proses lazim bagi mereka
melaporkan Malaysia.
Menggunakan taktik pengecut untuk mengelakkan
daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka daripada sumber tanpa
nama, seperti “Mereka yang arif dengan perkara itu ” dan ” Penyiasat”
yang tidak dinamakan. Sumber-sumber ini mungkin wujud atau tidak wujud,
atau boleh jadi proksi Tun Mahathir Mohamad dan Kempen Anti Najib beliau
yang gagal. Rakyat Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengetahui
kebenaran, kerana WSJ enggan menamakan sebarang sumber.
4. Setiap minggu banyak dakwaan WSJ dari sumber tanpa nama yang telah
dibuktikan merupakan pembohongan. Seperti WSJ mendakwa bahawa Perdana
Menteri tidak disoalsiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan
beliau telah disoalsiasat selama beberapa jam pada 5 Disember 2015. Atau
beberapa laporan WSJ bahawa Perdana Menteri telah melantik Tan Sri
Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor baru Bank Negara Malaysia,
sedangkan ini adalah tidak benar.
5. Kini jelas bahawa WSJ telah gagal melapor secara berkecuali dan
bebas mengenai Malaysia. Dengan menyampaikan pembohongan yang tidak
sahih oleh lawan Kerajaan sebagai fakta, WSJ telah menjadi alat mereka
dalam kempen mereka secara terbuka mengisytiharkan untuk menjatuhkan
kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan menggunakan 1MDB sebagai
alasan. Ia perlu disiasat mengapa WSJ menerbitkan begitu banyak
pembohongan yang tidak sahih hanya terhadap satu negara dan mengapa
sebuah akhbar antarabangsa berat sebelah dalam pelaporan urusan dalaman
Malaysia.
DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR
PERDANA MENTERI
SETIAUSAHA AKHBAR
PERDANA MENTERI
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment