Thursday, June 16, 2016

Kecoh Depan Pejabat PAN Kuala Kangsar… Rafizi Tidak Berani Berdepan Pegawai Khas PM

Kata orang berani kerana benar…takut kerana salah.Memang jarang kita boleh tengok keadaan seperti ini.

Ia berlaku disaksikan sebilangan wartawan dan blogger  yang berhimpun di depan pejabat Parti Amanah Negara (PAN) di Jalan Daeng Selili,Kuala Kangsar Rabu.

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri,Datuk Rizal Mansor terpacak di depan pejabat itu sejak jam 11 pagi menanti Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sampai di situ untuk beri sidang akhbar.

Ahli parlimen Pandan itu  dijadual antara lain nak bercakap mengenai isu jet kerajaan yang dinaiki oleh Datin Seri Rosmah Mansor ke Turki pada 25-27 Mei lalu.

Sebaliknya isteri Perdana Menteri itu bukan pergi makan angin.Beliau buat lawatan rasmi ke Istambul bagi memenuhi jemputan  oleh Cambridge IF Analytica sempena Global Good Governance Award 2016.

Dalam kempen pilihanraya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,Rafizi cuba putar dan putar isu ini untuk gambarkan ia satu pembaziran.

Rizal selaku pegawai khas yang berkhidmat dengan Rosmah sudah beberapa kali nafi dakwaan Rafizi dan menjelaskan kedudukan sebenar .

Dan…untuk membuktikan beliau sanggup ‘berdepan’ dengan Rafizi mengenai isu ini,Rizal datang dari Kuala Lumpur pagi Rabu untuk cuba hadir dalam sidang akhbar yang dijadual diberi oleh Rafizi di pejabat PAN Kuala Kangsar jam 12 tengahari.

Sewaktu beliau menunggu di bahagian depan pejabat yang merupakan deretan rumah kedai itu,calon PAN Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli dan beberapa orangnya sampai di situ.

Mereka yang pulang dari berkempen mengunakan alat pembesar suara yang dipasang atas pickup bersama Ahmad Termizi telah menyapa dan bersalam dengan Rizal serta wartawn dan blogger yang tunggu di situ.

Pada jam 12.37 tengahari Rafizi tiba dengan kereta di situ.

Semua di situ sangka beliau sekurang-kurangnya akan menyapa atau tegur Rizal dan lain-lain.

Anehnya…Rafizi terus meluru untuk naik tangga untuk ke pejabat PAN.

Melihat Setiausaha Agung PKR itu seolah  cuba ‘melarikan diri’ Rizal terus cuba untuk ikut naik ke pejabat PAN bagi menghadiri sidang akhbar.

Kekecohan seketika berlaku di situ bila beberapa budak PAN yang berkawal memekak tidak benarkan Rizal serta wartawan serta bloggers yang berkumpul bersamanya naik ke pejabat PAN.

Berlaku jerit menjerit dan tolak menolak antara mereka di situ.

Pintu pagar untuk naik ke tingkat atas ditutup.

Budak-budak PAN berkeras tetap berkeras tidak benarkan Rizal naik.

Akhirnya setelah cubaannya gagal Rizal mengalah dan beredar dari situ.

Ditemui wartawan kemudian,beliau menjelaskan kedatangannya ke pejabat itu semata-mata untuk dengar dan catat apa yang nak dicakap oleh Rafizi.


Beliau pelik Setiausaha Agung PKR itu tidak berani  nak jemputnya hadir sidang akhbarnya untuk bolehkannya dengar cara berdepan apa beliau (Rafizi) nak kata.

Kata Rizal beliau datang bukan untuk buat kecoh tapi cuma nak duduk dan dengar.

Beliau mempersoalkan apakah Rafizi hanya berani di depan mikrophon saja.

Menurutnya Rafizi sejak minggu lalu selama tiga hari berturut-turut buat dakwaan terhadap Rosmah.

Beliau cuma nak dengar secara langsung apa Rafizi cakap agar memudahkannya sediakan jawapan.

Sebelum ini apa yang Rafizi cakap cuma tahu menerusi laporan media.

Kata Rizal beliau sedia terima jika Rafizi mahu berjumpa dengannya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Wednesday, June 15, 2016

Dewan Ulamak Selangor Nafi Mesyuarat Tolak Rani

SHAH ALAM :  Dewan Ulamak Pas Selangor menafikan telah mengadakan satu mesyuarat tergempar berhubung kehadiran calon parti Islam itu, Dr Abd Rani Osman ke majlis berbuka puasa anjuran Pakatan Harapan.

Setiausahanya, Muhammad Najhan Halim berkata, penyebaran paparan skrin fitnah itu telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan kehadiran calon Pas, Dr Rani dalam majlis iftar anjuran Pakatan Harapan. Sebaran mengenai perkara ini telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi Whatsapp pada petang ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan.

Paparan skrin itu mendakwa Dewan Ulamak Pas Selangor menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar susulan kehadirannya pada majlis anjuran Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Dewan Ulamak Pas Selangor berkata, pihaknya menolak sekeras-sekerasnya amalan politik fitnah dan sebaran maklumat tanpa sebarang usul periksa dan tabayyun.

“Dewan Ulamak Pas Selangor akan terus bersama kepimpinan dan jentera Pas bagi memenangi PRK Sg Besar,” katanya.

Tinjauan Sinar Online ke laman Facebook Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendapati, beliau memuat naik enam keping gambar semasa beliau menghadiri program ‘Iftar Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali’ di Sungai Panjang yang turut dihadiri calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur serta pimpinan Pakatan Harapan.

Namun, kelihatan juga majlis itu dihadiri Adun Meru, Dr Rani yang merupakan calon Pas dalam PRK Sungai Besar.

Melalui akaun Facebooknya pula, Dr Rani turut memuat naik 14 keping gambar pada majlis berbuka puasa itu memaklumkan beliau telah dijemput iftar bersama Azmin Ali.

“Sempat bersembang dengan menteri besar pelbagai isu dan mendapat tepukan hadirin apabila disebut nama YB Dr Rani oleh Menteri Besar Selangor,” tulisnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Cakap Saja Bolehlah..... Rafizi : Bukti Calon BN Bukan Pilihan Semua

KUALA KANGSAR : PKR tidak menolak kemungkinan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid gagal mendapat sokongan penuh daripada pimpinan dan akar umbi Umno.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perkara itu dapat dilihat melalui kenyataan bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari yang tidak gembira dengan pencalonan berkenaan.

"Berita itu mengesahkan desas-desus bahawa pemilihan Datin Mastura sebagai calon BN bukanlah satu keputusan yang disokong mutlak oleh pelbagai peringkat dan sayap Umno.

"Sepanjang tempoh kempen, banyak spekulasi mengenai jentera BN yang tak bekerja sepenuhnya hati dan cuba memboikot parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Amanah Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ramly berasa agak terkilan dengan Mastura yang didakwa bersikap dingin dengannya .

Menurutnya, ada juga spekulasi yang mengaitkan pemilihan Mastura sebagai calon disebabkan mendapat sokongan padu daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Apakah benar pencalonan Datin Mastura mendapat dukungan kuat Datin Seri Rosmah Mansor berbanding calon lain, mungkin kerana sama-sama berasal dari Negeri Sembilan," katanya.

Rafizi berkata, pelbagai penafian dibuat oleh sebahagian pimpinan tertinggi Umno untuk menutup perkara berkenaan namun ia seakan dapat dihidu banyak pihak.

"Bila ada pimpinan tertinggi parti tampil ke depan dan membuat penafian terbuka mengenai desas desus itu, kesimpulannya ada masalah serius yang berlaku di peringkat akar umbi," katanya.

Katanya, meskipun mengakui tidak mempunyai maklumat lanjut berkaitan spekulasi berkenaan namun pihaknya meminta pimpinan BN menjelaskan perkara tersebut.

"Saya tidak ada maklumat lanjut mengenai perkara ini dan ingin mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan-soalan ini kepada pimpinan BN," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Arul Kanda Perjelas Isu 1MDB Kepada Penjawat Awam Sekinchan

SEKINCHAN : Kumpulan penjawat awam di sini telah diberi penjelasan terperinci berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penerangan disampaikan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam majlis Wacana Isu Semasa Negara Bersama Penjawat Awam di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang di sini, Rabu.

Arul memulakan sesi penerangan kira-kira 20 minit itu dengan menceritakan latar belakang penubuhan 1MDB, punca masalah dan langkah yang telah serta sedang diambil untuk menangani masalah yang timbul.

Beliau turut memberi penjelasan kepada tetamu mengenai dakwaan pembangkang bahawa 1MDB telah menjual semua aset kerajaan sebagai tidak benar.

Secara ringkasnya Arul menerangkan, selepas menjual aset Edra Global Energy Berhad, 1MDB masih mempunyai 40 peratus kepentingan di Bandar Malaysia dan 100 peratus kepentingan di Tun Razak Exchange (TRX), tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang dan di Pulau Indah, Selangor.

"Kami tidak lagi berhutang jangka pendek dengan mana-mana bank di Malaysia atau luar negara selepas menjual aset Edra dan kita ada lebihan aset sebanyak RM2.3 bilion.

"Apa yang pembangkang kata kami telah jual semua tanah kerajaan adalah tidak betul," katanya.

Arul berkata, 1MDB kini bukan lagi menjadi isu.

"Pada saya ia bukan lagi satu isu kerana ia adalah hal syarikat yang mengalami masalah dan telah diselesaikan," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Mat Goyang Bebbbb!!!! Keahlian 32 Ahli AMANAH Bantah Parti Belum Disemak

SUNGAI BESAR : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengakui masih belum menyemak status keahlian 32 ahli parti itu yang mendakwa mereka hilang kepercayaan terhadap calon Amanah, sebaliknya menyatakan sokongan terbuka kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti itu tidak mahu melatah kerana menjelangnya pilihan raya, pasti akan ada ahli-ahli parti yang keluar dan masuk ke parti lain.

“Kita tak ada masalah sebab ini pengumuman-pengumuman yang biasa sebelum hari pengundian.

“Mungkin, kita akan lihat beberapa hari lagi yang keluar dari Amanah lebih daripada Amanah (kawasan) Sungai Besar itu sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Beliau  memberitahu, sejarah pilihan raya di Terengganu pada tahun 1978 juga pernah membuktikan perkara sama dengan jumlah mereka yang keluar parti melebihi jumlah sebenar keahlian pada waktu itu.

“Saya masih ingat pada tahun itu yang keluar Pas lebih 17, 000, sedangkan ahli Pas pada waktu itu tak sampai pun 12, 000 di Terengganu. Jadi saya anggap ini perkara biasa,” katanya.

Semalam, seramai 31 ahli penaja Amanah Kawasan Sungai Besar beralih arah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Budiman selepas hilang kepercayaan terhadap calon Amanah, Azhar Ab Shukur.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar itu tidak layak dipilih kerana boleh diibaratkan seperti calon ‘touch and go’ selain bukan penduduk tempatan apabila bermastautin di Pahang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Muka Yang Tak Tahu Malu...... Mat Sabu Mahu Rani Tarik Diri, Masuk AMANAH

SUNGAI BESAR : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu senada dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengesyorkan supaya calon Pas, Dr Abdul Rani Osman menarik diri dan memberi laluan kepada pertandingan satu lawan satu antara Amanah menentang BN.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau sendiri bersedia untuk menerima Abdul Rani menyertai Amanah kerana yakin calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar itu tidak mendapat sokongan pengundi.

“Kalau dia (Abdul Rani) bertanding, memang tak boleh menang. Pas tak boleh menang bersendirian.

“Saya terbuka untuk terima beliau untuk sertai Pakatan Harapan..tak kisahlah dia nak masuk Amanah ke, PKR ke, atau DAP pun boleh,” katanya ketika diminta mengulas pelawaan Kit Siang kepada Abdul Rani menyertai Pakatan Harapan.

Ditanya, adakah Amanah sanggup menarik diri dan memberi laluan kepada Pas memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi parti itu, Mat Sabu menegaskan Amanah tidak mahu ‘toleh ke belakang’, sebaliknya mereka sedang berjuang untuk mencapai kemenangan.

“Kami nak menang. Amanah mesti menang. Orang Umno pun nak undi Amanah.

“Tak ada sebab kenapa Amanah perlu tarik diri. Sepatutnya Pas yang kena tarik diri, sebab mereka kurang sokongan,” katanya.

Malah, Mat Sabu berkata, hasil tinjauan yang dijalankan badan-badan bebas terhadap pengundi di PRK Parlimen itu membuktikan bahawa Amanah sedang mendahului BN, manakala Pas pula jauh ketinggalan.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mendakwa hasil beberapa tinjauan terhadap pengundi menyaksikan mereka memilih sama ada BN atau Parti Amanah Negara (Amanah) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Beliau berkata, persaingan sengit sedang berlaku antara BN dan Amanah, manakala Pas jauh di belakang. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Lawak… Melihat Azmin ‘Potong Korner’ Di Sungai Besar

Mungkin ada yang tidak tahu…dalam politik ada istilah ‘potong korner’.Ini untuk yang bijak mencelah masuk bikin gempar curi perhatian setelah setelah lama ‘ tertinggal bas’.

Petang Selasa Timbalan Presiden PKR @ Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menjadi tumpuan wartawan dan jurugambar ketika muncul untuk hadir Majlis Iftar Perdana anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Parit 16, Sungai Panjang,Sungai Besar.

Apa yang nampak menarik dari sudut berita ialah ini kali pertama beliau jejak kaki ke kawasan tengah hangat kempen pilihanraya kecil di negeri yang ditabirnya itu sejak muncul tunjuk muka di pusat penamaan calon pada hari penamaan calon pada 5 Jun lalu.

Jangan lupa beliau beliau tidak hadir masa pengumuman nama calon Parti Amanah Negara (PAN) Azhar Abdul Shukur yang akan bertanding di Sungai Besar.

Alasan yang diberi oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ialah Azmin sebagai Menteri Besar kena ‘ jaga keharmonian’ dalam pentabiran negeri.

Ini ada kaitan dengan kedudukan PAS dengan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk tiga Exco masih dalam pentabiran negeri itu.

Senario dalam congak politik di Selangor nampak tunggang terbalik gara-gara isu pilihanraya kecil di Sungai Besar.

Fokusnya tentulah Azmin nak letak kaki di sebelah mana pada PAN atau PAS yang telah mendokong lantikan beliau sebagai Menteri Besar semasa krisis ‘ Langkah Kajang’ tidak lama dulu.

Malah cacamarba ini telah mendorong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang kempen di Sungai Besar cabar kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin isytihar pendirian sokong PAN atau PAS.

Sebelum itu semua orang tahu cerita Azmin gagal dalam misinya nak pujuk PAS agar terima formula bertanding satu…satu yakni satu PAS di Kuala Kangsar dan satu Pakatan di Sungai Besar.

Cerita yang hangat berlegar ialah PKR yang asalnya hendk bertanding di Sungai Besar bukannya PAN …jika PAS terima formula yang diajukan.

Satu dunia tahu PAS bukan saja tolak mentah-mentah hajat Pakatan itu malah tidak mahu berunding langsung.

Maka pada hari penamaan calon kita menyaksikan PAS bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan PAN juga letak calon di dua tempat itu.

Juga jangan lupa..al kisahnya sewaktu kehangatan rundingan dengan PAS…Azmin dikatakan sudah set nak berkampong di Sungai Besar sepanjang kempen jika PKR bertanding.

Awal lagi beliau diihat tunjuk muka di kawasan pasar malam di Sungai Besar dengan berkain pelikat berbaju Melayu.

Sebab itu agak melucukan bila Azmin tampil dengan senyum simpul berucap di majlis iftar di Sungai Panjang kata beliau tidak perlu 'beriya-iya' untuk berkempen di kawasan itu.

Beliau memberi alasan, kerajaan Selangor telah banyak menabur jasa kepada rakyat kawasan itu sejak memegang tampuk pentadbiran negeri mulai tahun 2008 malah kerja keras tidak mesti dilakukan tatkakala menjelang pilihan raya saja.

Memperteguhkan lagi alasannya, Azmin berkata beliau juga mesti menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat hampir setiap hari sejak 1 Ramadan.

"Disebabkan saya tidak turun berkempen, ramai bertanya, mana pergi Azmin? Maknanya dia tak sokong calon Pakatan Harapan?

"Saya tak perlu pulun sebab kita telah kerja sepanjang masa," katanya.

Ini membuatkan ada yang bertanya kalau sebelah petang dan malam tidak boleh turun kerana majlis berbuka puasa...kenapa tidak boleh muncul pada sebelah siang hari.

Mengulas mengenai calon Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil itu, Azmin akhirnya ambil jalan selamat melafazkan sendiri sokongannya kepada calon PAN, Azhar Abdul Shukur dan mengucapkan selamat maju jaya kepada calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.

Terdahulu, Abdul Rani juga mencuri perhatian bila hadir pada majlis berkenaan.

ADUN PAS Meru itu dakwa  beliau sengaja 'menerjah' program tersebut sebagai rakyat biasa untuk bertemu Menteri Besar.

“Saya datang sebagai rakyat yang nak bertemu Menteri Besar, tak salahkan?,” katanya

Apapun, kehadiran Abdul Rani dikatakan telah mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak  tidak bertanggungjawab mendakwa Dewan Ulama PAS Selangor terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu kehadiran beliau di majlis berkenaan.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut.

Apapun melihat jalan cerita kisah Azmin dalam konteks pilihanraya kecil Sungai Besar adalah tidak menghairankan pertemuan Menteri Besar itu dengan Azhar dan kemuculan mengejut Abdul Rani di Sungau Panjang diselubungi oleh senyum tawa dan tepuk tampar ‘politik’ untuk menutup bara dibawah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Buruknya Perangai !!!! Isu RM2.6 Bilion, GST Dipolitikkan, Tiada Kaitan 1MDB - Arul Kanda

SEKINCHAN : Isu RM2.6 bilion dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad, tegas Arul Kanda Kandasamy.

Jelas Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB itu,   isu-isu berkenaan telah dipolitikkan.

"Secara ringkasnya GST bukan untuk menampung hutang 1MDB. Aset 1MDB sentiasa melebihi hutangnya.

"Isu GST ni sebenarnya telah dipolitikkan, ia diwujudkan untuk menukar cara percukaian di Malaysia dan tiada kena-mengena dengan 1MDB," katanya.

Beliau menjawab soalan salah seorang penjawat awam yang hadir ke majlis Wacana Isu Semasa Negara Bersama Penjawat Awam di sini, Rabu.

Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Arul Kanda menjelaskan, 1MDB telah membuat keputusan besar dengan menjual aset Edra Global Energy Bhd dan kini syarikat itu telah membayar lebih RM7 bilion hutangnya.

Katanya, bagaimanapun kini 1MDB mempunyai lebihan dana sebanyak RM2.3 bilion.

Arul Kanda turut ditanya sama ada isu derma RM2.6 bilion mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Kepada soalan ini, beliau turut menegaskan ia tidak mempunyai sebarang perkaitan.

Malah katanya, penelitian dan siasatan terperinci yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga tidak dapat membuktikan perkaitan ini.

"Saya boleh katakan secara terang dan jelas tak ada dana 1MDB yang telah dibayar ke akaun peribadi perdana menteri. Ini fakta, bukan pendapat.

"Jika kita lihat penelitian PAC dan Laporan Ketua Audit Negara, tak ada sebarang bukti bahawa terdapat dana dari 1MDB dibayar ke akaun peribadi perdana menteri," katanya.

Sementara itu, penganjur majlis menafikan wacana ini diadakan sempena pilihan raya kecil di Sungai Besar.

Katanya, majlis ini telah dirancang lebih awal tetapi sering tertangguh sehinggalah ia ditetapkan pada hari ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Veteran UMNO Kritik Tun Mahathir

SHAH ALAM : Veteran Umno mengkritik cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi merealisasikan impiannya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, biar apa pun usaha Mahathir dengan menyokong Amanah dalam kedua-dua PRK ini, ia tidak akan menjejaskan  sokongan kepada BN.

“Pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah dapat menilai siapa betul siapa salah. Pada akhirnya  pengundi akan tetap memilih BN bukan kerana Najib, tetapi kerana BN.

“Beliau memilih pentas Amanah yang didokong DAP dan bukannya Pas. Malah, beliau seolah-olah yakin Amanah akan menang di kedua-dua PRK itu,” katanya.

Mustapha berkata, meskipun Mahathir berasa  berjaya memperalatkan Amanah dan DAP namun, tanpa disedari dirinya juga sedang diperkudakan oleh kedua-dua parti daripada blok pembangkang itu.

“Mahathir bukan lagi ahli Umno jadi beliau bebas untuk berkempen dengan mana-mana pihak atau secara sendirian untuk menentang BN. Semua orang tahu matlamat beliau ialah untuk menjatuhkan Najib dengan alasan menyelamatkan negara.

“Bagi Mahathir, selagi Najib tidak dapat dijatuhkan olehnya, beliau akan berbuat apa saja. Selagi hasratnya tidak berjaya, Najib akan tetap menjadi sasarannya.  Beliau berjaya menjatuhkan Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan siri kejayaan itu menjadikan beliau tercabar apabila Najib gagal dijatuhkan setelah pelbagai usaha dilakukan,” katanya.

Menurutnya, amat sukar mempercayai Mahathir sanggup bersama DAP yang selama ini dibencinya, tetapi sekarang beliau berbuat begitu untuk mencapai matlamatnya.

“Beliau rela dihina pemimpin pembangkang asalkan Najib dijatuhkan, matlamatnya menghalalkan caranya. Beliau terdesak  mendapat sokongan pembangkang dan berharap kedua-dua PRK itu akan dimenangi pembangkang,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Menteri Besar Selangor Bacul Akibat tekanan Dari DAP

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/azmin-ali_pkr_pas_dap_harapan_600.jpg
Akibat dari tekanan dan desakan DAP agar MB Selangor singkirkan PAS Kerajaan Selangor, kini bunga-bunga perpecahan jelas kelihatan. MB Selangor sokongan penuh terhadap calon AMANAH dalam PRK Sungai Besar.

Kacang lupakan kulit.. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah hasil dari kekuatan PAS.

KINI PAS CUBA DIPINGGIRKAN. SAYA BEHARAP PRU14 NANTI PEMBANGKANG yang diteraju PKR, AMANAH ADAN DAP AKAN BERKUBUR DAN MAMPUS.

" INI KALI SAJA LAH KAU AZMIN... ".

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN