Thursday, September 29, 2011

Sambutan Raya JKKK Pancor & Meraikan Bakal Haji 2011

23 September 2011, Seremban : Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Meraikan Bakal-Bakal Haji telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Daya Wawasan (GDW) di Kampung Panchor. Program ini telah dianjurkan oleh JKKK Kg. Panchor dengan kerjasama Surau An-Nur Jalan Mahshuri, dan KEMAS Kg. Panchor. Program ini berlangsung mulai jam 9.00 malam.

Majlis ini telah dimulakan dengan doa serta Tazkirah Haji yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Taba.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Abd Manaf Ujang, Pengerusi JKKK Kg. Panchor. Di dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa program ini merupakan program yang sememangnya telah menjadi tradisi setiap tahun dan JKKK berazam agar program-program yang baik seperti ini akan diteruskan hingga ke masa akan datang demi menunjukkan penghargaan kita terhadap bakal-bakal haji serta memupuk perpaduan kukuh menerusi jamuan Aidil Fitri ini.

Majlis seterusnya bersambung dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Di dalam ucapannya beliau mendoakan agar bakal-bakal haji dapat mengerjakan haji dengan fokus dan sabar mudah-mudahan berjaya beroleh haji yang mabrur apabila kembali ke tanahair kelak. Beliau juga mengambil kesempatan mengingatkan agar semua penduduk kampung dapat bersatu hati serta berganding bahu di dalam menjayakan program-program yang dianjurkan oleh JKKK ini kerana ini merupakan usaha yang baik. Beliau juga menasihatkan agar tidak mendengar dakyah-dakyah songsang yang berusaha memecahbelahkan perpaduan masyarakat yang telah terbina sejak sekian lama.

Sebaik sahaja selesai ucapan perasmian, YB Tuan Mustafa dan isteri telah sudi menyampaikan sumbangan serta cenderahati buat semua bakal Haji yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah mulai bulan September ini.

Majlis akhirnya diteruskan dengan jamuan makan sebelum YB Tuan Mustafa dan para tetamu berangkat pulang meninggalkan majlis.

Idris dan Hanafiah, di antara belia yang bertungkus lumus menyusun hidangan untuk jamuan pada malam ituSuasana di dalam Bilik GDW ketika majlis berlangsungUstaz Taba ketika menyampaikan Tazkirah HajiDi antara bakal jemaah Haji yang mendengar Tazkirah yang disampaikanEn Abd Manaf Ujang, Pengerusi JKKK Kg Panchor ketika menyampaikan ucapan aluanYB Tuan Mustafa Salim, ADUN Lenggeng menyampaikan ucapan perasmianIsteri YB Tuan Mustafa menyampaikan sumbangan kepada bakal hajiYB Mustafa menyampaikan sumbangan kepada bakal HajiPengerusi JKKK menyampaikan cenderahati kepada YBhg Ustaz TabaGiliran YB Tuan Mustafa pula menerima sumbangan daripada Pengerusi JKKK

Suasana ketika majlis jamuan berlangsung


Disediakan oleh : EDITOR


Mesej EDITOR: Gambar-gambar keseluruhan program boleh dilihat menerusi folder berikutnya. Terima kasih

Sambutan Aidil Fitri JKKK Panchor : Suasana Program

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & Meraikan Bakal Haji 2011

23 September 2011

Anjuran JKKK Kg. Panchor

SUASANA KESELURUHAN PROGRAM

Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Aidil Fitri JKKK Pancor : Tazkirah Haji

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & Meraikan Bakal Haji 2011

23 September 2011

Anjuran JKKK Kg. Panchor

TAZKIRAH HAJI OLEH Y.BHG USTAZ TABA

Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Aidil Fitri JKKK Panchor : Ucapan & Perasmian

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & Meraikan Bakal Haji 2011

23 September 2011

Anjuran JKKK Kg. Panchor

ATURCARA UCAPAN & PERASMIAN

Disediakan oleh : EDITOR