Thursday, September 29, 2011

Hina Johor: Polis Punya Susu, Guan Eng Dapat Nama


Begitulah perumpamaannya bila mengulas kenyataan biadap Lim Guan Eng mengutuk Johor sebagai tempat yang tidak selamat bagi rakyat Singapura berkunjung kerana mudah jadi mangsa culik. Kenyataan yang sama pernah dikeluarkan oleh Lee Kuan Yew beberapa tahun dulu.


Tidak ketinggalan Guan Eng mendabik dada kononnya dia berjaya mengurangkan kadar jenayah di Pulau Pinang.


Hairan kita, sejak bila pulak isu keselamatan jadi tanggungjawab DAP kita pun tidak tahu. Baru memerintah negeri dah perasan macam memerintah negara, macamlah polis itu berada dibawah kekuasaannya. Polis bukankah dibawah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kalau polis berjaya mengurangkan jenayah, kenapa DAP pula yang dapat kredit?


Sekarang semua rakyat silalah buka mata. Sehebat-hebat Guan Eng yang dicanang, dia sendiri guna taktik tidak beretika untuk menarik pelaburan Singapura ke Pulau Pinang dari Johor. Itu nasib baik kerajaan pusat bina prasarana yang hebat untuk Pulau Pinang dulu sampai sekarang sehingga kenderaan pun mudah nak menyeberang, tak payah naik feri.


Datang Guan Eng, muka tak malu, promosi semua kemudahan itu, termasuk hal keselamatan yang jadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menarik pelaburan ke Pulau Pinang. Ini kalau bukan pemimpin kelabu asap, apa lagi yang sesuai nak kita gelarkan kepadanya?


Pelaburan masuk pasca Mac 2008 banyak yang diusahakan kerajaan pusat melalui MIDA.


Guan Eng lupala tu yang dia sendiri pun asal dari Melaka yang bersebelahan dengan Johor yang dikondem tidak selamat itu. Rupanya bukan melayu saja mudah lupa. komunis macam Guan Eng pun mudah lupa juga. Sebab ditolak di bumi sendiri, dia berhijrah ke Pulau Pinang. Takdir menentukan DAP menang dan buat pertama kali berjaya membentuk kerajaan.


DAP sendiri bertanding dan menang beberapa kerusi di Johor. Sementara dia kondem Johor tidak selamat untuk rakyat Singapura, DAP sendiri berebut-rebut nak pegang beberapa kawasan di Johor, tak ke cakap tak serupa bikin namanya tu?


Hal culik menculik ini atau jenayah for that matter, bukan kira negeri. Negeri tadahan wahyu aka Serambi Mekah pun tak terlepas dari jadi tempat jenayah berlaku. Dan kalau ada pengurangan dari segi statistik, pujian patut diberi kepada polis, bukan kepada parti mana memerintah, lebih lagi DAP yang hanya kuasai satu negeri – Pulau Pinang.


Penulis cadang, kepimpinan Johor dan kebawah Duli Sultan Johor supaya mengharamkan Lim Guan Eng dari menjejak kaki ke Johor, bukan sebab apa, tapi takut Guan Eng jadi mangsa culik pulak nanti. Lagipun DAP dengan PAP bukanlah orang lain, adik beradik berlainan negara saja, tak susah penculik untuk membezakannya.


Pulau Pinang satu ketika, saban minggu digegarkan dengan demonstrasi rakyat, dari peniaga yang dirobohkan gerai sehingga penduduk kampung yang dihalau dari kediaman mereka selama berabad. Sebelum dapat, janji macam-macam, dah dapat, kepentingan taukeh jadi keutamaan. Kalau demo ini masuk statistik jenayah, nescaya tidak ada apa yang boleh dibanggakan Guan Eng.


Tapi tidak mengapalah, dalam tak sedar kenyataannya itu menjulang kerajaan pusat dan PDRM secara langsung. Dalam negara, Lim Guan Eng antara yang paling hebat menjatuhkan moral polis, tak sebut lagi penglibatan manipulator undang-undang yang membentuk kepimpinan DAP yang sering kali cuba merendahkan imej polis.


Tapi bila di seberang tambak, dia puji polis pula. Hampeh punya Guan Eng.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment