Sunday, July 26, 2015
Asri Kata PAS Seleweng Agama Guna Bini Untuk Judi Politiik...
Sikap segelintir pengamal politik yang sanggup menggunakan hukum-hakam
bagi mencapai kepentingan peribadi dan politik mereka sehingga
menggadaikan agama dengan alasan bahawa agama serta politik adalah
selari perlu ditegah sebelum melarat kepada perkara lebih buruk.
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pengamal politik
terbabit dilihat tidak memahami konsep pertalian agama dan politik
menyebabkan ia dilihat semakin meruncing sejak terbongkarnya isu
perjanjian dalaman di dalam parti politik tertentu yang memanipulasi
agama bagi mencapai kejayaan dalam politik mereka.
Menurutnya, tindakan ahli politik diminta mengungkapkan lafaz perjanjian
bahawa isteri mereka akan tercerai dengan sendirinya jika keluar
daripada parti berkenaan dan perbuatan seumpamanya ditegah dalam Islam
kerana secara tidak langsung mempersendakan hukum talak yang juga satu
daripada sistem dalam syariat kekeluargaan Islam.
Katanya, walaupun talak dibenarkan dalam Islam untuk pasangan suami
isteri berpisah atas sebab tertentu, namun menggunakan talak sebagai
satu daripada polisi politik bagi mengelak ahli parti beralih arah
daripada perjuangan mereka disifatkan sebagai tindakan yang menyeleweng.
p/s: Asri kutuk pemimpin PAS la pulakkk... Kata puak-puak PAS ni selewengkan agama bila jadikan bini sebagai taruhan politik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment