Assalamualaikum Tan Sri Muhyiddin,
Malam tadi mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden
UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan
para sahabat.

Tidak, saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau
skandal Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa
merasmikan UMNO Bahagian Cheras malam tadi.
Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti, mempertikaikan cara
kabinet menanganinya, malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan
kabinet lain. Tan Sri sungguhpun secara berlapik, tapi jelas membawa
maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar.
Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional akan kalah.
Tan Sri, apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian, kita mahukan
UMNO Bahagian yang bersemangat waja, bersatu dan bersedia berhadapan
pilihan raya pada bila-bila masa. Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu
bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO.
Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB
ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan
keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks.
Malangnya, Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu
menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet.
Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang
memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016. Jika Tan Sri percaya Mohd
Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan
pemilihan UMNO? Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan
UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO?
Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016
yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah
teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi
kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah.
Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak
boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini. Panglima perang
apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa
tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Barisan
Nasional.
Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO, Kerajaan Malaysia dan para sahabat.
Ikhlas
Amin Yatim
No comments:
Post a Comment