EDITOR MENULIS...
27 JULAI 2015
Dikatakan bahawa Perdana Menteri
dikelilingi oleh penasihat dan pegawai yang tidak berguna. Selalu bagi
nasihat salah kata mereka.
Sejauh mana kenyataan itu betul, masih
boleh didebatkan kerana dari pandangan dan penglihatan, tidak ada
kenyataan Datuk Seri Najib yang boleh diguna untuk melemahkan UMNO,
setakat spin spin biasa macam itu sajalah, majoritinya tidak pernah
disebut beliau pun.
Saya dalam masa yang sama, tidak
pasti penasihat dan pegawai bagaimana pula yang mengelilingi Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganjurkan jika beliau
berkata "BN Akan Kalah Kalau Pilihanraya Diadakan Esok”, ia adalah satu
cara untuk memberi persepsi positif kepada BN?
Agaknya penasihat dan pegawai yang sama
juga yang menganjurkan dengan berkata “Saya Melayu Dulu, Malaysia
Kemudian” akan meningkatkan imej beliau sebagai pemimpin untuk rakyat
berbilang kaum di negara ini.
Mungkinlah, saya tidak tahu.
Tapi yang penting saya nak cakap,
nasihat itu salah. Ia tidak langsung membantu, menambah buruk lagi ada,
terutama bila hanya sekerat saja yang diambil sebagai tajuk, sekerat
lagi tak disebut, tapi begitulah permainan persepsi.
Muhyidin penulis rasa tahu, tapi entah
kenapa, beliau masih memilih untuk menyebutkannya sekalipun tahu ia akan
diputar belitkan.
Saya akui, kebenaran kadang kala memang pahit, tapi ada cara mengendalikannya.
Kita tidak akan cerita kulit bapak kita
berpanau kepada orang lain sekalipun itulah kebenarannya. Komando
tentera yang ditangkap, tidak akan menceritakan strategi pasukannya
kepada musuh sekalipun itulah kebenarannya.
Faham maksud cakap tu?
Cheras adalah kawasan yang BN memang
tidak pernah menang zaman berzaman.
Buruk-buruk Bukit Bintang pun calon
BN pernah menang sekali disitu tapi Cheras seingat saya tidak
pernah.
Zaman cemerlang tak pernah, zaman tak berapa nak cemerlang apa lagi.
Justeru, jika yang dirujuk Muhyiddin
bila berkata “BN Akan Kalah Kalau Pilihanraya Diadakan Esok” adalah
kawasan Cheras, maka itu masuk akal. Memang kalau ikut bacaan sekarang,
Cheras adalah kawasan yang kita tida boleh menang untuk satu jangka
masa yang panjang.
Tapi, tak pula kita bagi mereka menang tanpa bertanding, betul gitu Tan Sri?
Kebenarannya begini sajalah Tan Sri,
pahit dan susah juga nak sebut tapi kita perlu sebutkan juga, Tan Sri
juga yang ajar ni. Kalau tak yakin nak memastikan kemenangan UMNO/BN,
kalau tak boleh nak beri persepsi baik kepada UMNO/BN dan paling
penting, kalau tak boleh nak jadi Timbalan yang setia, ikut macam
nasihat Menteri Besar Negeri Sembilan tempohari... kalau kita tak suka bos... kitalah yang berhenti !!
Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment