
Monday, July 27, 2015
Firasat: Pembohongan Berterusan The Edge Tak Membantu UMNO Juga
EDITOR MENULIS...
27 JULAI 2015
Menurut firasat satu pihak, tindakan
kerajaan (mengikut undang-undang) menggantung permit akhbar The Edge
selama 3 bulan, tidak akan membantu dalam mengembalikan sokongan rakyat
terhadap UMNO dan BN.
Selama menjadi penulis politik, tidaklah
saya tahu tentang kewujudan firasat dalam politik ni, bukan duduk
dalam zaman Nujum Pak Belalang.
Untuk makluman, yang bercakap ini adalah
pihak dalaman UMNO sendiri yang tidak ke depan bila Perdana Menteri
diserang, hanya bermati-matian bila ketua puaknya jadi cemuhan dan dia
sendiri tu jadi mangsa fitnahan (kot ada la pulak perkataan itu).
Dari cara dia bercakap, seolahnya kalau
pembohongan demi pembohongan yang disebarkan The Edge berterusan, ia
boleh mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO. Yang dia tak tahu,
makin jauh lagi adalah.
Apatah lagi jentera Pemuda UMNO yang
sepatutnya mempertahankan institusi Presiden parti itu sendiri, tidak
berfungsi seperti yang sepatutnya – lagilah cepat fitnah itu menjadi
hadaman, maklum sajalah, takde yang nak melawan.
Memandangkan penggantungan The Edge ini
adalah mengikut undang-undang, saya minta pihak yang berkenaan agar
diam, firasat firasat ni semua boleh simpan. Tak boleh selesai masalah tak apa, jangan jadi sebahagian dari masalah.
Hakikatnya undang-undang kita cukup adil.
Peluang The Edge untuk mendapat keadilan
sekira berasakan tindakan kerajaan ini tidak wajar, tidak dinafikan.
Orang yang berkenaan pun boleh menjadi peguam The Edge di Mahkamah
kalau dia mahu, nak ikut firasat sangat kan?
Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment