EDITOR MENULIS...
27 JULAI 2015
Agak menggelikan hati bila The Edge cuba
mengajak rakyat melupakan kesalahan yang dilakukannya sehingga
digantung selama 3 bulan, dengan mendakwa mereka adalah orang baik yang
cuba mendedahkan perbuatan orang jahat (cuba curi duit negara sebanyak
RM 1.83 billion).
Seolah-olahnya ia adalah kerja mereka
untuk mendedahkan benda-benda jenayah macam ini, macamlah dia polis atau
pun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Boleh bawak Mahkamah ke
kalau betul pun tuduhan yang dikatakan itu?
Cubalah kalau boleh, awal-awal dah buang
kes sebab itu bukan bidang kuasa mereka.
Kalau ada bukti salah laku,
siar (dalam bentuk persoalan) dan serah bukti kepada agensi yang
beerkenaan. Ini tidak, dia buat perbicaraan media, dia jadi hakim, dia
jadi peguam, dia juga pendakwaraya.
Datuk Seri Najib jadi orang salah
walaupun tak bukti lagi bersalah. Dahlah dokumen yang dijadikan ‘bukti’
itu adalah dokumen yang dicuri Justo dari Petro Saudi. Janji nak bayar
RM 2 juta lagi.
Tinggi sangatlah etikanya tu pakai dokumen curi.
Begitu juga yang bersimpati dengan The
Edge ini menganggap, tindakan kerajaan menggantung The Edge ini adalah
kerana motif peribadi, walhal ia adalah berdasarkan peruntukan
undang-undang sedia ada, yang sudah lama wujud, bukan sehari dua.
Adalah sebab kenapa kerajaan di
mana-mana dalam dunia pun mengena syarat permit/lesen untuk menerbitkan
suratkhabar – supaya mereka bertanggungjawab atas berita yang disiarkan,
kalau tidak, bersedia hadapi tindakan.
Dan, apa yang dikenakan ke atas The Edge sekarang adalah mengikut undang-undang sedia ada.
Macam Sarawak Report, dia bukan entiti
berdaftar, server pun di luar negara, nak ambil tindakan tak boleh, jadi
apa cara lagi yang boleh dilakukan kerajaan kalau bukan sekat akses ke
laman terbabit – berbeza dengan The Edge.
Jadi janganlah cerita macam The Edge ni
digantung saja-saja, suka-suka. Ini negara diperintah orang, bukan
orang utan. Tak siapa berada di atas undang-undang.
Perasan atau tidak, kebebasan media,
kebebasan bersuara yang dijadikan alasan untuk meremehkan kerajaan dan
mengagungkan The Edge lanjutan dari tindakan penggantungan 3 bulan
tersebut, semua itu bukan undang-undang, hanya figura ucapan saja.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment