Sunday, July 26, 2015
Jom Baca......10 Fakta Apa Itu Sumpah Bai'ah Pas
Sepuluh fakta yang masyarakat perlu tahu tentang apa itu bai'ah yang
dilafazkan oleh ahli dan wakil rakyat Pas. Pengertian mengenai bai'ah
ini dikongsikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, DATUK DR NIK
MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH kepada Sinar Online dalam satu wawancara khas
semalam.
1. Definisi bai'ah Pas ?
Menyentuh topik yang dinamakan bai’ah di dalam Pas sama sebagaimana
bai’ah yang dirujuk dalam Fiqh al-Islami , di dalam sirah Nabi Muhammad
SAW, Rasulullah mengadakan bai’ah antaranya Bai’ahtul Nisa, Bai’atul
Ridwan, Bai’atul Aqabah dan banyak lagi bai’ah-bai’ah yang lain, yang
dilaksanakan oleh Rasululllah dengan tujuan supaya umat Islam ini
terikat dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam, dan umat Islam
ini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah, walaupun
peraturan itu kadangkala sangat mencabar seperti perkara yang
membabitkan peperangan antara Islam dengan musuh Islam jadi bai'ah ini
dibuat supaya ia mengikat para sahabat ini, maka Rasulullah
memperkenalkan satu sistem yang dinamakan bai’ah.
Jadi kita sebagai parti Islam kita ambil semangat daripada sirah ini,
untuk kita laksanakan didalam parti kita kerana parti kita Pas ini
sangat berpengalaman dari segi pelbagai isu... masalah dan macam-macam
perkara jadi kita ambil faedah bai’ah ini untuk diperkenalkan dalam Pas
supaya pimpinan dalam parti kita tahan menghadapi ujian sama ada ujian
berbentuk dalaman mahupun berbentuk luaran.
Jadi sebab itu bai’ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu daripada sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
2. Jenis bai'ah dalam Pas ?
Dalam konteks Pas, bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum apabila mereka ini mengisi borang Pas.
Jadi walaupun kita tidak namakan ia sebagai bai’ah tetapi bila mereka
mengisi borang Pas ini mereka mengakui dengan nama ALLAH, mereka
mengakui bahawa masuk di dalam Pas ini untuk dia menegakkan syariat
Islam.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai isu sama ada isu dalaman atau
luaran, supaya ahli (boleh) tahan, kita (Pas) ikat mereka dengan bai’ah.
Ada pun peringkat kepimpinan terutama sekali pemimpin yang dipilih
menjadi calon di dalam Pas kerana di dalam konteks negara kita ini
banyak aspek yang akan mencabar calon-calon ini seperti isu membeli
calon, isu lompat parti, isu khianat parti, jadi kita dalam Pas hendak
supaya parti Pas ini berbeza dengan parti-parti yang lain, maka kita
ambil inpitati daripada sunnah ini kemudian kita laksanakan di dalam
parti kita.
Kita buat bai’ah untuk mengikat calon kita biar mereka lebih istiqamah
dengan perjuangan Islam kerana memang perjuangan Islam ini satu
perjuangan yang banyak menghadapi ujian tetapi bila kita ikat mereka
dengan bai’ah Insya-ALLAH calon ada ketahanan dan sebelum bertindak,
mereka akan ingat apa janji dengan parti, janji dengan bai’ah yang
dilafazkan sebelum daripada masuk bertanding dalam pilihan raya.
Untuk ahli, kita tidak namakan sebagai bai’ah secara umumnya, kita tidak
rasmikan namanya sebagai bai’ah tetapi bila mereka isi borang Pas itu
maka mereka memahami janji dengan Pas untuk patuh kepada segala
peraturan parti dan kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH, Nabi
maka bila satu perjanjian dikaitkan dengan ALLAH dan Rasulnya maka
perjanjian ini namakan sebagai bai’ah manusia dengan ALLAH adapun bai’ah
membabitkan calon-calon yang bertanding ini perlu saya perjelaskan
bahawa, bai’ah ini kita bagi pilihan kepada orang yang hendak bertanding
atas tiket Pas, kalau calon merasakan bahawa mereka hendak bertanding
atas tiket Pas kita mengatakan dalam Pas ada bai’ah, jadi kalau dia
hendak bertanding dan dia tengok bai’ah itu, dia restu dengan bai’ah
itu, dia kena patuh dengan bai’ah dan kalau dia tidak hendak dengan
bai’ah ini, jangan bertanding atas tiket Pas, bolehlah bertanding atas
tiket mana-mana sahaja.
3. Jika langgar bai'ah ?
Jadi sebab itu isu melanggar bai’ah ini adalah isu yang besar kerana
bai’ah ini adalah pilihan daripada individu itu sendiri, bukan parti
yang paksa... dia bebas kalau dia hendak bertanding sahaja, kalau dia
tidak mahu bertanding tidak mengapa, kalau dia hendak guna parti lain
tidak mengapa, tapi apabila hendak bertanding atas tiket Pas dia kena
faham bahawa dalam Pas ini ada bai’ah ada janji setia untuk mengikat
mereka ini dengan perjuangan Islam supaya mereka tidak tergopoh-gapah,
istiqamah dengan perjuangan Islam, jadi bila dia berbai’ah dengan Pas
dia kena akur bai’ah ini janji dia dengan ALLAH yang paling besar.
Calon ini menyebut sumpah dengan nama ALLAH, nama Nabi dan malaikat,
sekiranya dia khianati apa yang diamanahkan ini dia akan dilaknat oleh
ALLAH, malaikat, sekalian makhluk yang boleh melaknat.
4. Garis panduan lafaz bai'ah ?
Di dalam Pas, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan
di dalam bai’ah itu satu lafaz. Cuma kita dapati beberapa negeri ada
yang menambah lafaz, jadi Majlis Syura Ulama kita tidak menghalang apa
yang hendak ditambah itu kerana di dalam bai’ah ini kita tengok bai’ah
yang dilakukan oleh Rasullullah pun ada berbeza misalnya Bai'atul Nisa
berbeza dengan Bai'atul Aqabah.
Jadi bila kita meletakkan satu lafaz maka lafaz itu digunapakai oleh
semua wakil-wakil rakyat hampir semua negerilah kecuali saya difahamkan
di Kelantan dia menambah sedikit dalam bai’ah dan kita dalam Majlis
Syura tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis Syura
Ulama adalah lafaz yang jelas antara intipatinya janji supaya tidak
mengkhianati parti, tidak mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh
calon Pas.
5. Bila bermulanya bai’ah ?
Waktu Pas mula-mula ditubuhkan dulu tidak ada bai’ah sebab dulu ujian
tidak besar dan orang bertanding dalam pilihan raya dalam Pas ini dulu
orang tak bercakap akan menang sekiranya bertanding sahaja, cuma tidak
mahu Umno menang percuma.
Saya masih ingat ketika saya masih kecil, orang kampung cari duit untuk
beri kepada calon Pas semata-mata tidak mahu memberi Umno ini menang
percuma.
Jadi zaman dulu tidak timbul masalah hendak beli calon, hendak hasut,
tidak timbul masalah jadi zaman itu.. tiada bai’ah tetapi apabila
ALLAH bagi kekuatan kepada perjuangan Pas kita melangkah selangkah demi
selangkah sekarang ini bila sebut sahaja kita bertanding dalam pilihan
raya maka orang boleh sebut kemungkinan besar Pas akan menang.
Apabila menampakkan semakin hari (Pas) semakin kuat , maka sudah
tentulah andaian yang kita takut, berlaku dalam kepimpinan dalam Pas
ini... lompat parti ke… walaupun Alhamdulillah kita parti yang paling
bersih berbanding dengan parti-parti lain berkenan dengan lompat parti
ini tetapi macam mana pun kita perlu berwaspada sebab itulah kita
meletakkan bai'ah dalam Pas.
6. Ada calon yang pernah tolak untuk berbai'ah ?
Sepanjang pengalaman saya tidak ada calon yang dicadangkan menolak
bai’ah…. dan tidak ada seorang calon yang menolak untuk berbai’ah dalam
Pas.
Sebab kalau dia (calon) tolak….. dia kena tengok dulu kalau hendak
bertanding atas tiket Pas, ini dia kena berbai'ah kalau setuju sila,
kalau tidak setuju dia jangan bertanding… semua calon bertanding semua
berbai'ah, bila hendak bertanding dia kena setuju, kalau buat sesuatu
yang bercanggah dengan Pas dia dikira mengkhianatilah.
7. Wujud bai'ah talak tiga ?
Bai'ah talak tiga ini Masjlis Syura tidak menghalang, cuma lafaz
dikeluarkan Majlis Syura tidak ada kandungan itu. Tetapi kita tidak
menghalang mana-mana negeri mungkin semangat untuk menjaga kuasa
pemerintahan yang ada di Kelantan mungkin dia tekankan, Tok guru
(Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jika dia saksikan dia adalah
Mursyidul Am, orang paling besar dalam Majlis Syura Ulama, jadi kalau
dia restu isi kandungan tersebut, maka hak negeri dan hak Mursyidul Am
kerana umumnya lafaz bai’ah ini dia tidak ada nas qat'i.. sebab itu
Rasulullah pun berbeza .. Baiah'tul Ridwan lain, Aqabah lain, bai’ah
lain lain ikut keadaan, ikut suasana.
Cuma yang saya sebut Majlis Syura Ulama tidak ada talak tiga ini, cuma
kalau ditambah di peringkat negeri itu adalah hak yang tidak dihalang
oleh Majlis Syura Ulama.
Maksudnya mungkin tidak ada taklik talak tiga, setakat ini saya ingat tidak ada di negeri lain cuma rasa di Kelantan sahajalah.
8. Komen bila Mufti Perlis dan Pulau Pinangs katakan bai'ah talak tiga Pas tidak sah (tidak jatuh taklik)
Bila dia sebut taklik ini tidak sah, dia punya ayat itu sangat jelas..
mana dia tahu hati orang, mufti ini bila dia tahu hati orang, ayat itu
sudah tidak betul.
Saya nasihat agar mufti bercakap dengan ilmu dan orang yang layak untuk
bercakap dalam isu perjuangan Islam adalah orang yang duduk dalam saf
perjuangan Islam, jadi kalau orang yang dalam perjuangan Islam tidak
terlibat, tidak faham jadi tidak payah bercakap dalam isu ini, kalau dia
tidak sempurna dia tak payah cakap berdiam lebih baik.
9. Bagaimana hendak elak jatuhnya talak tiga ini ?
Saya sarankan agar isteri calon-calon tersebut memainkan peranan agar
menasihati suami dia, beri nasihat supaya jangan buat tindakan-tindakan
yang orang panggil tidak beretika, tidak ada moral dalam konteks
perjuangan ini.
Hatta orang bukan Islam yang berjuang pun mereka tidak berganjak
daripada parti mereka walaupun komunis, mereka ada integriti, orang
Jepun tidak berganjak, kalau kita dakwa kita pejuang Islam, tiba-tiba
hendak berganjak. Oleh itu isteri mereka orang yang paling rapat dengan
suami, nasihat suami, pujuk dia supaya dia tidak bertindak sebagai mana
yang dia hendak bertindak.
Nasihat yang paling sesuai kerana akibat sangat buruk, kalau orang yang
langgar bai’ah ini akibat sangat buruk kita bimbang dalam rumah tangga
tiada keberkatan, anak-anak tiada keberkatan jadi menyusahkan dia
sendiri. Kalau dia berbai'ah dia memang jatuh talak kerana kuasa cerai
itu ikut pada suami, jadi isteri jangan diam, pergi rujuk mahkamah
syariah, paling praktikal cakap dari hati ke hati, beritahu suami agar
berfikir panjang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini, kalau
berlaku memang jatuh talak.
10. Nasihat kepada rakan-rakan yang seolah-olah hendak langgar bai'ah dan tubuh parti baharu.
Jangan sesekali sesiapa melanggar bai’ah dengan ALLAH, mengkhianati
jemaah, dalam sejarah perjuangan, minta maaf saya tidak mahu sebut nama
sesiapa… tetapi dalam Pas orang yang langgar bai’ah yang cuba keluar
parti semua sekali, saudara boleh tengok macam mana kedudukan mereka
dunia ini.
Dia tidak dihormati dan kadang-kadang kita lihat individu itu berhadapan dengan kesusahan yang banyak…. kerana apa?
Kerana apabila kita langgar perjanjian ini dengan umum semua makhluk
yang boleh melaknat akan laknatnya termasuk ALLAH, malaikat lebih
daripada itu di hari akhirat …
Satu benda yang sangat besar, jadi sebab itu dalam kesempatan ini saya
hendak nasihat kepada kawan-kawan semua yang cuba hendak tubuh parti
baharu, saya ingatkan perjuangan Islam ini tidak akan tergugat… kerana
perjuangan Islam ini dijaga oleh ALLAH sebab itu dalam sejarah parti
politik mereka yang tidak perjuangkan Islam ini mereka akan hanyut habis
begitu sahaja.
Atas nama kawan, saya sangat simpati kadang-kadang saya rasa kasihan
walaupun kadang-kadang mereka lebih umur daripada saya, saya hendak
nasihat kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan. Kalau ALLAH boleh
ampunkan dosa Saidina Umar Al-Khattab, kita dalam Pas boleh maafkan
kesalahan dan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.. kami pun tidak
untung apa.
Cuma kita kasihan mereka yang bertindak di luar batasan agama tidak akan
selamat, di dunia ini dihina oleh orang masyarakat, kita mati jawab di
hadapan ALLAH satu benda yang sangat besar.
Saya mengharapkan supaya semua kawan balik semua ke jalan Islam, kalau
mereka hendak keluar tubuh parti cubalah mereka jawab, yang pertama
parti yang ditubuh mereka itu, mereka berpegang pada ayat mana, surah
mana kerana perjuangan Islam ini hanya satu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment