Sunday, July 26, 2015
Nazir Razak Jadi Tumpuan Di Rumah Terbuka Pak Lah
PUTRAJAYA : Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menjadi
perhatian di rumah terbuka Hari Raya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah
Ahmad Badawi di sini.
Apabila beliau berjalan ke arah abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Abdullah yang sedang berbual, jurugambar dan juga
tetamu tidak melepaskan peluang merakamkan detik-detik ini.
Terkini, Nazir mengutuk langkah penggantungan permit The Edge oleh
Kementerian Dalam Negeri berhubung laporannya mengenai 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).
"Ia bukan untuk The Edge. Ia adalah untuk kebebasan pendapat, kebebasan bersuara, itu sahaja.
"Ini bukan mempertahankan sesiapa, ini adalah prinsip kebebasan media,"
kata Nazir, apabila wartawan bertanya mengenai pandangannya tentang
penggantungan itu pada Ahad.
"Saya telah berbual secara peribadi dengan abang saya, saya tidak akan
berkongsinya dengan anda," Nazir berkata demikian ketika ditanya sama
ada beliau ada bercakap dengan Perdana Menteri mengenai The Edge.
Apabila ditanya bagaimana keluarga berdepan perkara ini, jawapannya adalah "okay lah".
Najib, yang hadir bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, enggan bercakap kepada media.
Abdullah telah memberi beberapa perkataan kepada pemberita sebagai
mengulas mengenai majlis itu, yang dihadiri oleh beribu-ribu tetamu.
Isterinya Tun Jeanne Abdullah turut hadir pada majlis itu.
Tetamu VIP lain yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, bekas
menteri kabinet Tan Sri Dr Rais Yatim dan Ketua Eksekutif Kumpulan
AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment